Jual Beli Kijang Emas Yang Menguntungkan

Jumaat lepas, beli 1 keping Kijang Emas dari en Ajun ( rujuk catatan lepas ). Harga belian time tu ialah RM 3610 untuk 1 Oz kijang emas. Kalau beli kat Maybank waktu tu, harga jualan ialah RM 3702 ( lock harga pada 10/10 ). Jauh jugak beza tu. Ana ingat salah satu nasihat Rich Dad Robert Kiyosaki ialah “you make profit when you’re buying, not selling”..Lebih kurang macam tu jugak le bunyinya.

Semalam harga kijang emas naik semula setelah jatuh kepada RM 3677/oz… Kecut perut jugak le. Risau rugi. Main emas memang le untung jangka masa panjang. Cuma ia tak berbaloi dengan keperluan dan masa seseorang. Sebagai contoh, jika ana PERLU duit tu untuk sesuatu perkara yang ana fikir perlu, pelaburan JANGKAMASA PANJANG emas ni takkan berbaloi berbanding apa yang terpaksa dikorbankan. Memang kena banyak bersabar le kalau nak melabur emas ni..hehehe.

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/10/2009 3,622 3,406 1,846 1,703 940 851
2/10/2009 3,620 3,404 1,845 1,702 940 851
5/10/2009 3,619 3,403 1,844 1,701 940 851
6/10/2009 3,647 3,429 1,859 1,715 947 857
7/10/2009 3,705 3,484 1,888 1,742 962 871
8/10/2009 3,718 3,495 1,895 1,748 965 874
9/10/2009 3,702 3,480 1,886 1,740 961 870
12/10/2009 3,721 3,498 1,896 1,749 966 875
13/10/2009 3,722 3,501 1,897 1,751 966 875
14/10/2009 3,748 3,525 1,910 1,763 973 881
15/10/2009 3,718 3,496 1,895 1,748 965 874
16/10/2009 3,677 3,457 1,874 1,729 955 864
19/10/2009 3,702 3,482 1,887 1,741 961 870
20/10/2009 3,725 3,503 1,899 1,751 967 876
21/10/2009 3,715 3,495 1,893 1,748 965 874

So semalam tanpa sedikit kesabaran, plus , keghairahan mencari untung, ana terus advertise di JutawanEmas untuk menjual emas kijang tu dengan harga yang munasabah. Ana jual pada harga RM 3710/oz. Untung RM 100 dalam masa 4 hari. Mujur ada buyer segera..Keh keh…Cepat sungguh tokey2 emas kat JE tu. Siap buyer tu nak beli lagi 1 kijang emas. Ana cuma ada 1 je kijang emas tu. SMS punya SMS, kebetulan ada seorang lagi yang nak jual Kijang Emas dia pada harga yang baiiikkk punye. Apa lagi ana buat deal dan petang tadi pergi beli dari dia. Orang nye keje kat area PJ je. So takde le susah dan jauh sangat nak pergi kutip barang. Ini dia 2 kijang emas tu. Tapi dah dijual pada orang dah. InsyaAllah jika harga turun ke RM 36++, ana pergi beli semula dari Maybank. Amek fresh dari kandang bank. hoho..

kijang emas bank negara

Lepas gi beli emas tadi, terus ke Lowyat jap. Pi upgrade ram laptop ni. Saja-saja nak up skit speed laptop ni. So untung jual emas tadi dah boleh cover kos tambah RAM Laptop. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Hari cuti yang menyeronokkan.

Antara emas PG ngan Kijang Emas, mana lebih untung ? Hehe..Ini soklan yang bagus. Nak mudah dan jelas, buat sedikit perbandingan dari segi :

  • Kualiti ( sama je )
  • Publisiti/Kredibiliti ( ada beza )
  • Spread ( ada beza )
  • Nilai per gram ( ada beza )

Buat lah perbandingan masing-masing, anyway buat masa ni Kijang emas tetap lebih menguntungkan walaupun spread dan lebih skit dari PG. Tak percaya?

Senarai tugas yang nak dibuat esok :

  1. complete kan pendaftaran 3 domain untuk projek AFD akaun kedua
  2. Set up instruction untuk AFD akaun pertama
  3. Review projek CPA+ Blackhat ke Whitehat

Share on Facebook

Comments

  1. lina says:

    apa pendapat anda ttg gold wafer yg dijual di kedai emas eg pohkong. Setahu sy harga mmg mahal skt compare dgn kijg emas.

  2. esemar says:

    saya ada beberapa biji kijang emas 1 oz, ada sesiapa berminat untuk membelinya dengan harga lebih tinggi dari pasaran?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *