Membeli Silver 240 Gram Yang Pertama

Hari ni ana akan bergerak ke rumah hanafi ( sahabat lama ). Jauh tu takde le sangata jaraknya. Cuma sekarang ni petang nye selalu hujan. So ni sedang menulis catatan di bawah jambatan sementara menunggu hujan reda. 🙂

Semalam ana dah pergi ambil silver coin dan bar yang dibeli beberapa hari lepas. Cantik silver coin tu. Itu silver coin canada “maple leaf” dan beberapa ketul silver bar lain. Semuanya berjumlah kira- kira 240 gram lebih. Ana beli silver 1oz berjumlah 8 ketul semuanya.

Ini gambar silver tu.

Harga silver lebih murah berbanding emas. Ketika keadaan ekonomi yang sedang dipulihkan, kemerosotan nilai matawang dollar, permintaan terhadap komoditi seperti emas dan silver ni meningkat. Baru- baru ni, bank pusat india telah membeli 200 tan emas jongkong dari IMF. Apa lagi harga emas mencanak naik le. Nak beli emas sekarang ni memang kurang berkemampuan. Apatah lagi emas tu emas fizikal. Untuk membeli emas ni, sebaik-baiknya emas bar 1 oz. Masalahnya harga emas 1 oz ni dah mencecah rm4000 seketul. Hohoho. Memang mahal le.

Jadi apa yang ana buat sekarang ialah meyimpan secara berdikit -dikit emas ni mengikut kemampuan. Sedangkan silver plak, harga nya takde le mahal sangat. Sungguhpun di malaysia belum ada pasaran, silver mempunyai potensi yabg tinggi sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk 10 tahun. Dari analisa pakar-pakar tentang komoditi, harga kini silver USD$18 mampu mencapai USD$90- USD$120 pada tahun 2012. Cuba bayangkan jika hari ni ana mengumpul silver 1kg dan kenaikan RM100 per gram pada tahun 2012. Dengan mudahnya ana berjaya mengumpul RM100 000 dengan modal yqng kecik. Berdasarkan harga emas semasa, 1 oz emas cukup utk membeli 61 oz silver. Untuk menyimpan silver sebanyak 1 kilo, ana hanya perlu membeli 32 ketul silver 1 oz sahaja. Ooohhh. Mudah ke nak kumpul harta ni. Hehehe

Ok la ana nak bergerak dulu. Hujan pun dah reda. Sekejap lagi boleh le sampai rumah nafi ni

Share on Facebook

Comments

  1. syahman says:

    Salam,
    Saya berminat untuk melabur dalam syiling perak ni. Boleh saya tahu di mana saudara beli syiling-syiling perak tsb? saya ada tgk di ebay.my ada org jual syiling perak ni tapi tak berani nak beli, takut kena tipu. boleh saudara jelaskan lagi tentang jual beli ni lagi tak?
    thanks

  2. admin says:

    Wslm..saya ada beli cara face to face dengan kenalan terdekat area damansara…Dari ebay tu, saya ada beli jugak. InsyaAllah kalau xde masalah, esok baru saya terima sebab petang tadi baru seller tu hantar tracking number..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *