Laptop : System Corrupt & USB Device Is Not Recognized

Alhamdulillah..baru je selesai pulihkan problem di laptop naim ni. Tak sangka boleh jadi macam ni. Habis semua software-software dipadamkan sebab restore dari factory condition. So, sekarang ni software yang ada cuma software yg dibekalkan oleh pihak HP masa awal-awal beli dulu.

Kes ni bermula apabila naim selalu sangat biarkan USB dipasang dengan additional gadget. Salah satunya ialah USB cable iphone tu. Nak dijadikan kisah, pagi rabu lepas, lepas klik “ON” button laptop ni, terus blank. Takde apa -apa response. Mujur masih ingat, kalau laptop jenis Compaq ni, masalah laptop boleh dikesan dari LED yang blinking. Nak tahu ? Sewaktu switch on laptop , jika screen blank, lihat lampu LED berkelip berdekatan dengan button Capslock. So, kalau kelipan tu 4 kali berturut-turut, itu ada kaitan dengan RAM ( Memory ).

Photobucket

Masalah yang naim hadapi ada kaitan dengan BIOS…Rasanya la. So, memang tak tau nak buat apa melainkan “remove” semua USB device yang digunakan dan kembali hidupkan laptop. Cubaan berjaya cuma masalah yang lebih ketara ialah ketiga-tiga USB port yang ada tak berfungsi lansung. Alohai….Itu yang jadi masalah. Dah cubamacam-macam solusi. Tapi GAGAL je. Cuba kacau fail di C:\windows\Inf pun sama jugak. Kacau di folder System32 pun sama jugak. Lastly naim ambil jalan. Ye la kan..If we dont do anything, we only got nothing.

Dengan membuta tuli, naim terus cuba untuk RESTORE laptop naim ni ke 1 date yang terdahulu. Harapan supaya masalah yang berkaitan driver ni setel. Tapi tak setel jugak.

Lastly, naim thought that the only way to make laptop system run very well is by restoring its data to the origin condition. Hohoho…Memang frust giler le..Sebab dah le buta IT…Pastu main tembak je. Alhamdulillah , walaupun banyak software-software yang hilang (lebih FRUST bila game-game hilang ..Arghhh ), laptop naim dah ok dan sistem pun dah berjalan lancar.

2 hari tak dapat nak online dengan sempurna 🙂 . Banyak jugak rancangan yang tergendala terutama untuk customer-customer yang setia.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *