Apa Azam Tahun Baru Maal Hijrah 1431 Ku?

Tahun lepas, tak pernah terlintas di hati untuk mencatat azam secara bertulis. Betul kata-kata pakar motivasi, azam sesuatu yang perlu ditulis supaya kita tak terlupa atau melencong dari destinasi yang dirancang. InsyaAllah, dalam masa tak sampai 12 hari lagi, tahun baru masehi pula yang tiba. Yang pasti azam tahun 2009 banyak yang perlu diolah semula.

Hari ni, satu azam baru mesti dilengkapkan supaya tahun 1431 kali ini akan lebih cemerlang dari sebelumnya. Tapi apa yang naim nak azamkan ?

  1. Kerja : Azam tahun ini ialah mesti datang kerja awal 🙂 . Selalu datang jam 8.40pagi. Untuk tahun ini, naim mesti tukar habit tersebut dan datang awal 15 minit. Naim pasti boleh datang jam 8.30 pagi.
  2. Part Time : Tahun lepas, macam tak terurus. Dah ada perancangan tapi tiada fokus. Naim perlu buat sesuatu. Part time job ialah satu-satunya sumber pendapatan tambahan naim. Sebelum-sebelumnya, hanya sekadar suka-suka. Tapi tahun ini, naim perlu lebih serius.Perlu lebih kerja keras. Masih ketinggalan.
    1. PPC : 3 bulan akan difokuskan khas untuk menguasai Yahoo Search Marketing secara bersungguh-sungguh. Ini memang penting. Minima pencapaian ialah USD300/bulan.
    2. Adsense : target bulanan dah jauh menyimpang. InsyaAllah tahun ini mesti target untuk bulanan USD$1500 sebulan. 3 bulan akan diperuntukkan untuknya. Ini gerak kerja awal tahun ini. Setakat ini, naim cuma mampu hasilkan USD$10/sehari untuk 1 akaun. Kalau USD$1500, perlu ada 5 akaun atas nama berasingan. InsyaAllah mesti boleh
    3. Produk Sendiri : Tahun lepas memang nak kemaskini produk-produk lama. Tapi terbengkalai sebab tiada fokus. Salah siapa? Mungkin kerana EGO dan sikap suka berTANGGUH kerja. Ini masalah besar. Naim dah ada perancangan baik. InsyaAllah setiap bulan naim akan cuba terbitkan panduan percuma untuk tujuan penjenamaan diri dan perniagaan.
    4. Affiliate : Projek ini macam tak jalan je. Dah buat tahun ini. Tapi tak konsisten. Pendapatan cuma sekadar cukup makan dan tidak berterusan. Perlu kaji semula. Minima pencapaian ialah RM1000/bulan.
  3. Pendidikan :
    1. Dalam hati memang dah terlintas nak ambil MBA secara part time. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki dan dibukakan hati untuk segera mengikuti program-program MBA yang ditawarkan. Belajar ni memang penting untuk hidup. Jika tak, bosan nya.
    2. Kelas Mandarin online : dah mula belajar. tapi macam tak terurus sebab belum ketemu apa cara yang boleh menjadi kayu ukur pembelajaran. Aduhh…baru perasan rupa-rupanya belajr ni tak boleh ikut suka. Mesti ikut sistem dan disiplin.
    3. Kelas English Online : Dah ada perubahan. Cuma kena cari penanda aras untuk diukur.
    4. Setiap hari mesti baca 3 akhbar iaitu Berita Harian, NSTP dan The Edge secara konsisten.
  4. Lain-lain azam akan dikemaskini dari masa ke semasa. Nak rehat dulu 🙂

Kemaskini 3/6/2010:
Secara kesimpulannya, matlamat untuk tahun ini ialah :

  • Menjadi Google Adwords Qualified Individual
  • Menerbitkan 1 Produk Digital & Mengemaskini 2 Produk Lama
  • Membaca 12 buku ( 8 BI + 4 BM )
  • Mengumpul RM30 000 tunai
Share on Facebook

Comments

  1. admin says:

    3 hari rekod datang lambat dah tercatat…Ya Allah, cabaran..cabaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *