Kira-Kira Untuk Menjual Silver Coin di eBay

Alhamdulillah…Terpacul satu lagi idea bernas dalam kepala otak naim ni. Naim fikir nak mula secara kecil-kecilan menjual silver coin di Malaysia. Memang pasaran silver ( perak) kurang memberansangkan di Malaysia. Entah apa sebabnya. Sedangkan silver ni antara metal yang menarik dan diklasifikasikan sebagai barangan komoditi. Jika dizaman khilafah dulu, silver digunakan sebagai matawang dirham yang menyokong pengukuhan sistem ekonomi dalam Islam.

Lagipun, dah lama naim tertarik nak berniaga di eBay. Nampak menarik dan mudah nak diuruskan. Apa yang perlu naim lakukan untuk jadi seorang peniaga silver ? Terutama di eBay. Oh ya, naim mesti fikir lain-lain faktor sebelum terjun tiruk dalam bidang ini. Hurmmm…

  1. Pasaran : lebih baik fokus Malaysia dulu sebab boleh jimat shipping cost. Ini susah kalau melibatkan international delivery.
  2. Persaingan : mesti ada. Tapi apa perlu takut? Hanya orang yang tiada inovasi dan enggan berubah saja yang akan kalah. Naim mesti wujudkan kreativiti untuk menjual silver ni. Hehehe..Dah terfikir tapi tak boleh letak kat sini.
  3. Sumber : Tadi dah periksa. Mahal silver ni kalau beli secara sikit demi sikit. Murah kalau beli banyak. Cuma, murah yang “murah”. Hohoho….Naim list kan sumber-sumber pembekal silver ni :
    1. Sumber 1 : Jual Beli Lelong di eBay
    2. Sumber 2 : Belum ada
    3. Sumber 3 : Belum ada
  4. Kos : Ya Allah, setelah dikira semula. Untungnya tak banyak. Cukup untuk memuaskan hati seorang yang sukakan perniagaan. Ok le tu kan. Kos-kos yang mesti diambilkira semasa :
    1. Beli: Kos terlibat ialah delivery cost sahaja
    2. Jual : Shipping cost + air tites capsule + air bubble + sampul surat + caj ebay

Aiseh…macam ada terkurang plak. Naim kena buat RP ( rancangan perniagaan) kalau macam ni. Baru le nampak ada praktikal sikit. Bukan main taram je. InsyaAllah, esok lusa naim siapkan RP yang simple tapi jelas untuk langkah terbaru naim ni.

Ps: mudah-mudah dipermudahkan segala urusanku , Amiin Ya Allah…

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *