Gagal Test JPJ Untuk Lesen Motor

Hohoho…Pagi tadi baru selesai ujian memandu untuk lesen Motor. Memalukan sungguh sebab tak lepas ujian. Sepatutnya lulus, tapi gagal akhirnya. Semua gara-gara “tak kira saat” sewaktu meniti titi kecil tadi. Sudah lebih 10 saat meniti, tapi masih terhegeh-hegeh mengimbangi motor sehinggalah terjatuh dihujung akhirnya. 🙂

Nampak gaya, kena la mengulang lagi minggu depan. Apa nak dikata, itu dah ketentuan. Usaha dah ada, tapi bukan segala keputusan akhir kita yang tentukan. Terima seadanya.. Hehe… Gaya menenteramkan jiwa yang kecewa. Apapun hari ini memang best, sebab dapat cuti dan ditahan polis 2 kali dalam sekatan jalan. Kali pertama dengan polis biasa di Kg Melayu Subang. Kena warning sebab tak pelekat L…Har har har…

Kali kedua, sewaktu melewati lorong motor di lebuhraya persekutuan. Sekatan dibuat oleh pihak JPJ. Kompem nampak macam tak lepas. Tapi nasib baik JPJ tak tahan. Mat-mat motor yang lain kena tahan. Alhamdulillah. Kalau tak, nahas dibuatnya ..keh keh keh

Apapun bersyukur banyak-banyak pada Allah kerna semua yang berlaku dalam hidup seharian ini ada hikmahnya. Jika yang buruk, mungkin itu 1 pengajaran dan boleh dijadikan pengalaman. 🙂 Yosh…Chaiyouk-chaiyouk naim!

PS: minggu depan boleh minta cuti lagi..Hoho…Motor di atas tu cuma sekadar hiasan je. 🙂

Share on Facebook

Comments

  1. nad says:

    erkk…ssh ker nk amik lesen motor ni…kalo dh de lesen kete..kite just amik lesen L je kan untuk motor?….sori ttbe terbace….actually xtau nk bwk motor yg bese ni..scooter tau lar…maaf bertanye

  2. admin says:

    Kalo dah ada lesen kete, tambah kelas utk lesen motor ni…pergi dengar kuliah 1 hari..then dah dapat lesen l…lepas tu kena test JPJ, baru dpt lesen P…
    Mudah je amek lesen motor ni..Jangn over confident sudah 🙂

  3. fira says:

    lau dh de lesen kete n nk ambik lesen motor bpe plak kne byr ek??

  4. bobikp says:

    lesen p brape tahun bleh gune

  5. sogo says:

    titi tu susah ke? sbb sye ni takut ckit mok ambik test jpj utk moto…dah 1 thun dah pgang lesen L…huhu

  6. aceraspire says:

    kalau nak ambil lesen L kene bawak motor ke ?
    ke lesen L amek soalan komputer je ?
    takut la nak bawak motor :'(

  7. saya says:

    moto rm261, kalo tak silapnyerr.
    kalo kereta,.sy tak tahu,sbb sy tak amek lesen kete..hehe.maklumlah…baru fom 5.
    herm.. pd mula memng susah sbb nak kna g dgr cramah 5 jm.. esok pula boleh ujian komputer myeg,kalo lulus.kna dgr ceramah untuk L punya..bru bleh bljr moto amali di sirkut,.8 jam bljr….tapi 1 jam sehari pun boleh….pas bljr amali 8 jam….dh kompem leh test…kita test la dgn jpj. 🙂

  8. admin says:

    Untuk harga lesen seterusnya, bergantung pada sekolah memandu yang tawarkan dan promosi yang ada.
    Untuk lesen p, 2 tahun saja.Kemudian akan dapat lesen competent.maksudnya dah tak perlu lagi pelekat P 🙂
    Titi tak susah. Cuma perlu praktik selalu. Time diorang bagi latihan memandu tu, bolehlah cuba selalu. Cuba sehingga ada keyakinan.

  9. Izhar says:

    Salam.Syukur Alhamdulilah tadi saya pergi test jpj .dan lulus dengan markah penuh..tpi moto yg sya guna tdi gearnya dah tak berapa elok..mula ja atas titi moto tu melompat tapi nasib baik tak jatuh..sekarang ni cuma tunggu kena call untuk dapatkan lesen p.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *