Jangan Lupa Renew Domain

Renew domain ni macam renew roadtax jugak kesamaannya. Kalau tak bayar roadtax kenderaan, tak berani dibuatnya nak bergerak atas jalan raya. Kalau tak ditahan polis, eksiden tu boleh dianggap membunuh diri mati katak dengan sengaja la rasanya. Sudah le insurans tak cover, hutang perlu dibayar, mau terdampar dihospital yang free of entry 🙂 ( tak semua hospital yang masuk boleh percuma sekarang ni ).

Semenjak seminggu yang lalu, hairan bin ajaib apabila takde lansung jualan produk dari PanduanVCC.com masuk ke dalam akaun. Kebiasaannya ada la 1 ke 2 jualan terhasil setiap hari. Tapi ini lansung tidak. Apalagi mula le terjaga dari lamunan nak memperkasakan support after sale dengan tingkatkan promosi.

Sehinggalah satu hari tu, naim cuba mengakses laman web www.panduanvcc.com . Ya Allah, baru terduduk. Rupa-rupanya dah hampir 3 hari domain produk tersebut expired. Patut le takde orang yang singgah masuk . Apatah lagi nak membeli produk best Panduan VCC ni. Ooohhh…

Tup-tup, dalam masa yang sama dapat lagi berita malang. Ntah silap dimana, hosting dari pihak Rawanaz pula buat hal. Hosting down for several hours without notice. Ya Allah, apa ke helllnye…Tipon tak dapat, YM not responsive..Aduusss…Dugaan-dugaan. Akhirnya, naim took a very difficult decision and change mind to subscribe new hosting for that biz.. MasyaAllah.. I dont think it is easy as i have to PAY ( OOOOOhhhh..i really hate it ) and to reupload all documents from previous hosting into new one. Ayyoyoyo..RM100 terbang..1 perbelanjaan yang sepatutnya dapat dielakkan jika betul-betul berfikiran panjang.

So far, masalah semakin pulih dengan kadar penyembuhan 75%. Segala-galanya diharapkan menjadi normal seperti sediakala. Kata Allah dalam surah al-Insyirah , setiap yang susah tu akan datang kesenangan selepasnya. Kalau taknak percaya cakap tuhan, siapa lagi yang selayaknya. Terima dengan redha.

PS: naim ada banyak benda nak update dalam blog ni. Tapi biarlah satu persatu. Kalau tak, nanti akan hilang tajuk-tajuk penting dalam catatan hidup seorang BAKAL JUTAWAN BUDIMAN 🙂

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *