Membeli Syiling Emas di UOB

Itulah kali pertama naim ke UOB bank. Terkenang masa di sekolah menengah dulu, naim cukup benci nak pi bank. Lumrah sesetengah manusai, tak sukakan tempat yang sibuk dan ramai orang. Tapi hari ni, terpaksa kerja di Bank juga. Hohoho.. Sebenarnya kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kita inginkan begitu, rupa-rupanya yang begini lebih baik untuk diri kita. Itulah tandanya manusia ini lemah. 🙂

Khamis lepas naim ke UOB bank. Niat naim nak membeli emas di sana. Hasil dari bacaan, syiling-syiling emas di UOB bank lebih menguntungkan pembeliannya disebabkan spread ( perbezaan harga jualan dan harga belian ) yang lebih rendah dari mana-mana sumber emas yang lain di Malaysia. Opsss.. sebenarnya tak perlu risau pun dengan spread ni. Orang zaman sekarang beli emas dan takkan jual balik pada bank. Sebaliknya diorang akan terus jual pada orang perseorangan dengan harga yang lebih menarik. Tak perlu bergantung kepada spread lagi dah. 🙂

Sebelum naim pergi, naim call pihak UOB bank seperti yang disarankan oleh en syukor admin jutawanemas.com. Trimas en syukor. Banyak ilmu yang beliau kongsikan dengan seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang tahu tentang emas ini dari hasil perkongsian beliau. Naim pun telepone ( tak tau ejaan yang sepatutnya ) pihak UOB bank. Seperti yang naim jangkakan, kompem nak kena “speaking”..hahaha..lumrah alam. Dari perbualan sekejap tersebut, pegawai bank tersebut mohon supaya naim bercakap dengan talian yang dicadangkan. Nombor telepone sepatutnya ialah 03-2772 6578 .. Dari situ, naim bertanyakan tentang setok syiling emas yang masih tinggal.

Mudah saja 🙂 .. Selepas tu, dalam jam 2.30 petang baru la naim ke UOB bank. Ternyata jangkaan awal naim meleset. Naim ingatkan bank oversea macam UOB ni macam OCBC bank. Staff yang ramai dari golongan Cina. Tapi meleset. Masa naim sampai, lebih banyak staff Melayu. Cuma sedikit kelemahan yang naim nampak, naim tak nampak Receptionist atau kaunter pertanyaan dari pihak UOB bank wujud. Puas jugak terkontang kanting sorang-sorang. Terkebil-kebil mata tak tahu arah tujuan. Akhir sekali naim tanpa malu dan segan terus bertanyakan seorang staff di kaunter TELLER.. Alhamdulillah, mesra dan tak banyak songeh. Beliau meminta naim mendapatkan nombor di mesin giliran. Untuk belian emas, pelanggan perlu pilih butang A dari mesin giliran.

Satu kebetulan ataupun mungkin tidak, saya agak selesa dengan servis layanan mesra pihak UOB bank berbanding Maybank. Sudah la tak perlu menunggu dengan begitu lama, staff yang terlibat memberikan response yang baik sewaktu transaksi berjalan. Anda bayangkan sekiranya orang yang ingin melakukan proses jual beli, hanya sebelah pihak saja yang bercakap. Sebelah pihak lagi diam membantu. Senyum tidak, menjawab soalan pula acuh tak acuh je. 🙂 Ingat, pelanggan bukan tunggul kayu. Mungkin selepas ini saya hanya akan tumpukan pembelian emas dari pihak UOB sahaja. Lebih selesa , lebih murah dan barang pun lebih cantik. Macam kata en Pudin tentang Kijang Emas vs Maple Leaf UOB. Setuju bangat.


Ini gambar syiling emas yang naim beli tu. Yang kecik tu je yang naim. Mana ada duit nak beli banyak-banyak. Dengan pembelian ni, naim perlukan lagi RM6k untuk mencukupkan kolum aset emas naim. Selepas tu boleh le beralih ke bidang /portfolio pelaburan lain pula. 🙂

Share on Facebook

Comments

  1. zaki says:

    Syabas! saya pun baru nak berjinak2 dgn syiling emas ni. Alhamdulillah… duk cari2 info terjumpa blog naim ni… Terima kasih atas info yg amat berguna ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *