Prestasi Januari 2010

1 Bulan untuk tahun 2010 hampir berlalu. Adakah segala yang dirancang untuk mencapai matlamat 2010 atau 1431H sudah berjalan mengikut apa yang dirancang? Ini soalan yang baik untuk diri sendiri. Naim pun terfikir. Sepanjang January 2010 ini, apa yang naim telah buat dan apa yang belum dibuat. Banyak perkara yang ingin kita lakukan dalam satu-satu masa, jadi berusaha lah. Bukan orang diluar sana yang akan menjamin kebahagian hidup kita melainkan diri kita sendiri.

Sehingga penghujung bulan Jan ni, naim dapat lihat kelemahan-kelemahan ketara dalam perancangan dan perlaksanaan yang naim buat. Lebih baik naim catatkan di sini kerna ia boleh menjadi satu “alarm” untuk diri sendiri pada bulan-bulan berikutnya.

Kelemahan Dalam January :

  • Selalu mengubah matlamat yang ditetapkan. Inilah satu KERJA PALING BODOH yang naim selalu buat. Matlamat apabila ditetapkan, umpama destinasi yang ingin dituju. Ini sangat bahaya dan syukur naim dapat “detect” dan sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaikinya.
  • Pendapatan bulanan ( sampingan ) tidak mencapai matlamat.Terkurang RM600 πŸ™‚ Alahai….
  • Gerak kerja untuk tugasan bulan January ( Adsense ) juga gagal. Tiada perubahan yang baik.
  • Jualan ebook jatuh merudum. Usaha baik pulih segera perlu dilakukan.
  • Hilang momentum diri untuk memajukan diri menguasai MANDARIN

Kelebihan Dalam January :

  • Mendapat pengalaman baru menjual Silver. Silver ialah “precious metal” yang masih “undervalued”. Sangat disarankan untuk memulakan pelaburan dalam silver memandangkan ia mempunyai BANYAK KEPENTINGAN menjelang 5-10 tahun lagi.
  • Mengenal potensi, status dan tahap kewangan diri. Alhamdulillah. Banyak benda yang belum naim praktikkan. Rupa-rupanya jika naim diminta langsaikan hutang sekaligus , barangkali naim jatuh muflis πŸ™‚ .
  • Kelemahan diri untuk tempoh pertama dikenalpasti. Jadi masih ada bulan berbaki untuk melonjakkan potensi diri. Tahun lepas, pandai merancang.Tapi gagal membuat semakan untuk setiap perancangan. Sedihh betul..Itu yang banyak tergendala.
  • 1 Buku telah berjaya dikatamkan πŸ™‚

Alhamdulillah.

InsyaAllah untuk bulan-bulan seterusnya, naim perlu tingkatkan usaha. Kita semua perlu berusaha dengan lebih GIGIH. Manusia punya hak. Dan Hak untuk manusia ialah BERUSAHA sedangkan hak untuk BERJAYA terletak pada ketentuan Allah.

Share on Facebook

Comments

  1. hasan says:

    Great reminder to urself and mine too……we must focus on goals. Let’s do our best to achieve our goals. InsyaAllah

  2. […] Februari 2010 hampir ke penghujung, naim ada buat sedikit ulasan untuk prestasi bulan semasa ( prestasi bulan lepas di sini ) . Baki bulan untuk tahun 2010 ini cuma tingal lagi 10 bulan sahaja lagi. Maksudnya cuma ada 10 […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *