Ingin Beli Silver US Eagle Dengan Paypal ?

Ini kali pertama naim dapat order nak beli silver melalui PayPal. Naim tak kisah asalkan dipersetujui. Jadi malam ini , apa yang naim nak buat ialah bungkuskan sekeping Syiling Silver US Eagle ni baik-baik. Tak nak jadi macam kes sebelumnya.

Sebenarnya ramai yang menggunakan khidmta POS LAJU untuk jual beli barangan online sekarang. Jual beli emas pun, ada yang buat menggunakan perkhidmatan pos ni. Hehehe… Kiranya KAMIKAZE le. Bukan apa, barangan berharga macam emas tu biasanya ada insurans yang perlu dibayar untuk mengelak dari hilang. Bayangkan si posmen tu tahu tentang ada emas dalam sampul yang dia bawa. Keh keh keh : ) Boleh fikir sendiri le betapa bahayanya.

Ok…Naim tak nak tulis panjang-panjang malam ni. Tak sabar nak baca buku yang baru dibeli tadi.

Apapun jika ada yang berminat untuk membeli syiling Silver dari naim menggunakan paypal. Silakan… Hubungi naim terlebih dahulu dan tentukan order. Sekian

Share on Facebook

Comments

  1. terima kasih naim,,, silver coin tu dah sampai ketangan saya,, kalau sesapa nak membeli saya storkan beli ngan naim,, seorang yang boleh dipercayai dan friendly,,, nanti kita berurusan lagi…
    masih ramai yang belum sedar kepetingan silver 🙂

  2. cik F says:

    hi..saya budak baru belajar, dan baru jumpa artikel pasal silver ni, thanks naim
    nak tanya sikit:
    -boleh jual balik ke silver ni, kat malaysia ni sape yang beli?
    -cara simpan/penjagaan silver ni?
    -public gold jual 1kg bar…you recommend utk beli ke?
    tq.

  3. admin says:

    1) boleh….jual pada orang perseorangan yang berminat atau pada publicgold melalui produk silver mereka. Contoh seperti apa yang saya buat sekarang.
    2) silver mudah teroksida menyebabkan kusam ( terutama 999.99 ). Lebih baik diletakkan didalam bekas yang kedap udara
    3) saya rekomen JIKA memang ada duit berlebihan. Jika tujuan pelaburan, beli komoditi seperti emas dan silver ini jika duit BERLEBIHAN…Kalau x, hold dulu. Gunakan duit tersebut untuk lain2 tujuan yang lebih bagus.
    sama-sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *