Conspiracy Of the Rich ( COR ) : Beli Buku Online

Rasa semacam kurang puas hati kalau tak menulis sesuatu dalam blog ni. Angin “ketagih” dah mari. 🙂 Ini kira “time” rajin menulis le. Walaupun tulisan dan gaya bahasa memang caca merba. 🙂 Susah nak menulis dalam keadaan yang tiada “jiwa”. Hehe

Apa yang naim nak tulis ni dah pun berlaku. 24 jam sebelum artikel ni disiarkan. Apapun lebih baik dicatatkan supaya :

  • menjadi 1 diari hidup. Boleh dirujuk kelak
  • memperbanyakkan artikel..hehe…Bagus untuk SEO
  • mengelak masa terluang dari duduk menonton TV..keh..keh..keh

Ok.. Kira-kira 9 hari yang lalu ( 15hb February 2010 ), naim telah membuat satu tempahan pembelian buku melalui MPHOnline. Ini kiranya kali pertama la. Bukan apa, malas naim nak ke kedai buku ni. Kalau pergi tu, banyak kos yang perlu diambil kira. Nanti, semua buku nak dibeli. Susah tu..hihihi

Alhamdulillah..rupa-rupanya tempahan melalui online di MPHOnline ada ditawarkan diskaun. Naim dapat diskaun tersebut sebab buku yang naim nak beli ada dalam kategori diskaun. Seronok le. Diskaun 20% bermakna naim boleh jimatkan wang sehingga 20% dan boleh digunakan untuk perkara-perkara lain pula . Ops…bukan untuk shopping tak tentu pasal.

Oleh kerana 15hb ialah hari kedua Public Holiday Raya Cina, maka tempahan naim tadi dalam proses tertangguh. Iyer…mana ada orang nak kerja masa-masa begitu …doh… Nak tak nak, naim perlu menunggu sehingga 18hb Feb untuk kepastian dari pihak MPHOnline.

Seperti yang dijangka, semua urusan dan maklumbalas dilakukan melalui Email. Memang puas hati sebab transaksi lancar dan tiada apa yang perlu naim kejarkan.

Semalam, sehari lebih awal dari “Expected delivery date”, buku tu telah sampai ke pintu rumah naim. Hehehe… Memang best le. Balik kerja, dah ada buku yang nak dibaca..Buku keGERAMAN pulak tu..

Ini gambar yang mampu naim ambil melalui phone naim. Huhuhu…kesian takda Digital Camera.

Naim fikir nak buat catatan-catatan ringkas di dalam blog ni untuk setiap Chapter yang naim baca. Mudah untuk diulangkaji dan alangkah lebih bermanfaat jika dapat dikongsikan bersama dengan pengunjung yang datang ke blog naim ni.

Ps: Buku ni memang best. Tapi lagi best kalau dah baca. Cuma yang tak best, bila baca dan taknak fahamkan. Berapa banyak BEST daaaaaa…

Share on Facebook

Comments

  1. […] bagitahu siapa dia ni. Naim memang suka membaca buku tulisan beliau. Antara yang terbaru ialah "Conspiracy Of The Rich". Buku beliau yang ditulis dan dicatat melalui internet dan akhirnya diterbitkan dalam bentuk […]

  2. […] ada kaitan dengan bahan bacaan naim untuk bulan ini. Alhamdulillah naim telah selesai membaca buku "Rich Dad's Conspiracy of The Rich" seminggu yang lalu. Tetapi baru hari ini naim ada kesempatan untuk membuat catitan dalam blog […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *