CashFlow 101 GameBoard : Permainan Kewangan Yang Hebat!

Di Malaysia, ramai yang belum sedar tentang kewujudan FINANCIAL GAME yang satu ni. Tapi naim pasti ramai yang tahu tentang game Monopoly, Saidina, dan sekutu-sekutunya. Alaaa…game papan ,main beli-beli rumah, beli hotel, masuk penjara tu πŸ™‚ Rasanya ramai dah yang pernah main game board macam tu.

Cashflow 101 ni ada sedikit bezanya. Sebab apa? Hehe πŸ™‚ Naim pernah main game board ni 4 tahun yang lalu. Sewaktu naim sedang belajar di Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN 04/05) . Game kewangan ni memang best. Game ni diperkenalkan oleh Robert T. Kiyosaki. Tak perlu naim bagitahu siapa dia ni. Naim memang suka membaca buku tulisan beliau. Antara yang terbaru ialah “Conspiracy Of The Rich“. Buku beliau yang ditulis dan dicatat melalui internet dan akhirnya diterbitkan dalam bentuk cetakan buku.

Kenapa main game Cashflow 101 ni?

Konsep permainan Cashflow 101 ini mudah. Player hanya perlu keluar dari Rat Race ( satu bulatan ) untuk menang. Bulatan tersebut,Rat Race, mewakili kehidupan kita seharian. Ye…sebagai orang kebiasaan. Berkerja, berkahwin, terima gaji, berbelanja, bayar cukai ,beli rumah dan lain-lain lagi. Itulah rutin perjalanan hidup seorang yang biasa. Berkerja sehingga umur bersara, dan duduk menanti ajal tiba dipenghujung usia.

Dalam kehidupan yang kita lalui, terutama sekarang di zaman teknologi maklumat, kita akan mudah terperangkap dalam belenggu hutang. Tambahan pulak selepas ikatan matawang dollar terhadap emas dilepaskan pada tahun 1971 oleh Richard Nixon. Segala-galanya berubah dan pertumbuhan ekonomi yang wujud sekarang asasnya ialah hutang.

Sekarang, semua orang mampu untuk beli apa yang diidamkan. Nak beli rumah besar, nak beli kereta besar, atau apa-apa lagi. Semuanya boleh dicapai dengan berhutang. Tak cukup pinjaman peribadi, kad kredit pun jalan. Itu sebab naim cakap apa yang dibangunkan /terbina di dalam situasi ekonomi sekarang ialah bersandarkan hutang. Hutang yang takkan mampu dibayar. Nilai RM1 hutang hari ini tidak akan sama nilai RM1 hutang pada tahun seterusnya.

Hutang Baik?

Erm….Naim tak layak nak hurai lebih panjang tentang perkara hutang ni. Sebab naim sendiri berhutang. Hutang pendidikan (PTPTN )yang memang terpaksa ditanggung. Keluar belajar dari Universiti, dah pun berhutang. Namun….Bukan tak boleh berhutang. Dalam dunia yang bersandarkan hutang ( wang fiat ), kita perlu segera menggerakkan wang yang kita ada. Tak boleh biarkan statik. Sebab setiap saat dan detik, wang dicipta ( digital atau fizikal ) dan nilainya akan terus menerus turun nilai secara relatif.

Jadi selain berbelanja pada tempat yang sepatutnya, hutang di tempat yang sepatutnya pun perlu jugak πŸ™‚ . Kalau bab -bab ni, kena tanya yang pakar. Kalau tak ,boleh terperangkap selama-lamany dalam Rat Race.

Ok la….naim nak berhenti tulis dah. Nak bersiap-siap pergi solat jumaat.

PS: Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W .

Share on Facebook

Comments

  1. Firdaus says:

    Wow….macam menarik ni..
    Saya pernah baa Rat Race ni…
    Mana ek bleh dapat permainan ni..
    Berapa harga nya..?

  2. admin says:

    saya ada 1 game lebih…kalau berminat, boleh contact saya…Harga bawah dari RM250

  3. […] naim main sorang-sorang game Cashflow 101 gameboard tu. Lebih kurang jam 12.30 tgh malam. Hoho..macam orang gila pun ada. Saja-saja nak main sebab dah […]

  4. amirulez says:

    main catur bestari pon dh mcm cash flow 101 kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *