Yahoo!!! Tamat Sudah Konspirasi Orang Kaya

Haaaa…sudah…Apa pula konspirasi yang naim tulis kali ini? Konspirasi orang kaya? ( conspiracy of the rich ). Sebenarnya ia ada kaitan dengan bahan bacaan naim untuk bulan ini. Alhamdulillah naim telah selesai membaca buku “Rich Dad’s Conspiracy of The Rich” seminggu yang lalu. Tetapi baru hari ini naim ada kesempatan untuk membuat catitan dalam blog peribadi. Matlamat sehari untuk membaca lebih dari 15 muka surat tercapai. Akhirnya naim berjaya habiskannya tanpa menganggu kerja-kerja “buat duit online” naim…Hehehe.

muka depan COR
muka depan COR

Walaupun begitu, bukan “semangat untuk mengumpul buku” yang naim cari. Naim cuma nak galakkan diri supaya berdisiplin dalam bab bacaan. Lagipun orang-orang berjaya didunia, semuanya suka membaca. Perbezaannya ialah apa yang mereka baca dan naim baca. Kalau benar bacaan mereka mengarut, ringan, santai dan sekadar hiburan semata-mata, sudah tentu mereka bukan tokoh ternama hari ini. Namun begitu, apa yang lebih menjadikan mereka berjaya berbanding naim ialah berapa banyak buku yang telah mereka baca dan keberkesanan ilmu yang diterima dipraktiskan dalam kehidupan. Itu bezanya mereka dengan orang-orang kebiasaan seperti naim. Betul tak? 🙂

Oh ya, untuk sesiapa yang belum membaca buku Robert Kiyosaki ini ” Rich Dad’s COR” , naim ingin kongsikan serba sedikit input yang bagus untuk dinilai dan difikirkan.

Print Your Own Money? boleh ke?
Print Your Own Money! Boleh ke?

Permulaan buku ini ditulis dengan pengenalan panjang lebar berkaitan bagaimana memahami penyampaian buku secara keseluruhan. Robert menulis tentang 2 bahagian utama yang menjadi pokok kepada isi buku. Bahagian pertama berkaitan tentang sejarah konspirasi yang sedang berlaku di seluruh dunia. Dalam bahagian kedua, beliau menulis tentang bagaimana kita boleh bangun semula untuk menangani konspirasi tersebut atau mengelak dari terus menerus terpeangkap dalam konspirasi durjana tersebut.

Kini konspirasi tersebut telah hampir punah namun ia sedang kembali dipulihkan melalui rompakan terbesar yang pernah dicatat dalam sejarah dunia. Tentu orang hairan tentang rompakan yang naim maksudkan. Rompakan yang naim maksudkan ialah tindakan kerajaan yang menyuntik “trillion” wang ke dalam ekonomi bagi menyelamatkan syarikat-syarikat kroni “orang kaya” seperti AIG dan sebagainya. Rompakan tersebut dilakukan secara sah dari segi undang-undang dan akhirnya akan membebankan pembayar cukai secara keseluruhannya. Siapa pembayar cukai? Adakah mereka -mereka yang memiliki syarikat besar ( yang diberikan pelbagai insentif pengurangan cukai )? Atau mereka yang berkerja dari jam 8-5 petang, yang makan gaji dan berkerja sendiri? Yang pastinya, cukai tersebut adalah satu-satunya jalan bagi kerajaan menampung perbelanjaan BESAR (rompakan) bagi menyelamatkan syarikat kroni terpilih. Hatta…Konspirasi tersebut menjadikan kerajaan sebagai alat tunggangan bagi menghalalkan tangan-tangan kapitalis meyeluk dan mengocek setiap poket seluar rakyat bawahan…Bermula dari zaman federalisme, sehingga tertubuhnya Federal Reserve dan akhirnya berlanjutan kepada sistem penciptaan matawang fiat, segala-galanya dalam kerumitan yang besar. Percaya atau tidak, kita hidup di dalam zaman dimana RIBA tidak lagi dapat dielakkan. Hatta sistem perbankan islam yang dicanang-canangkan pun lebih bermotifkan keuntungan “BERLEBIHAN” berbanding apa yang diamalkan di zaman kegemilangan Islam.

Opss.kantoiii...tak sempat buang harga buku

Fuuuhh..naim rasa beremosi pula. Ini bukan apa yang naim tuliskan. Tapi apa yang naim fahami dari buku tersebut.

Terpulang kepada fikiran masing-masing. Yang penting, kita mesti banyak membaca bahan bacaan yang memberi manfaat dalam kehidupan. Sebab itulah Allah mewahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad tentang peri pentingnya membaca dalam kehidupan manusia.

Ps: baca,baca juga..Mudah-mudahan apa yang dibaca meresap jiwa memperbaiki amal dan meningkatkan takwa. Amiiiinnn

Share on Facebook

Comments

  1. […] Naim. Kira-kira RM700 semuanya. Naim juga berjaya menghabiskan 2 bahan bacaan untuk bulan ini ( Rich Dad's Conspiracy of The Rich dan Hartanah Lelong ). Kira berjaya jugak le bulan ni ..hehehe  🙂 Apa yang penting bulan 3 lebih […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *