Zaman Pra Sekolah di Teloi Kanan

Manis… Gambar ini gambar 18 tahun lalu. Gambar zaman-zaman kencing dalam seluar..Itulah zaman naim baru mula menjejak kaki ke alam persekolahan formal. Lucu pun ada…Pabila terkenang zaman kanak-kanak, rasa diri kerdil. Semakin lama zaman kanak-kanak ditinggalkan, semakin berusia dan semakin dekat juga dengan penghujung kehidupan. Rasa tersangat cepat masa berlalu. Nak menangis pun ada. Bercampur baur. Tetapi itulah putaran kehidupan. Rupa-rupanya singkat saja perjalanan hidup ini. Tup-tup dah sampai ke pertengahan bulan April 2010. Semuanya terlalu cepat. Yang pasti, tentu beruntung orang-orang yang berpegang dengan apa yang tuhan sampaikan. Tulisan ni seakan nada kesalan. Nada yang mengeluh dengan kehidupan. Mungkin kerna banyak perkara yang nak dikesalkan. Tapi menyesal pun tak guna juga. Sepatutnya setiap kesalan disegerakan dengan taubat dan tindakan pemulihan.

Tuhan… kubisikkan kerinduan
keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku
Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…<

Share on Facebook

Comments

  1. CIK SERI says:

    salam…ai naim..pe yg dikesalkan tuuuu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *