Currency Revaluation : Adil Atau Tidak ?

Antara berita terbaru, China atas desakan kuasa luar terutama US dijangka akan membenarkan Yuan naik nilai sebanyak 4%-5%. Apresiasi nilai ini mempunyai pelbagai kesan kepada ekonomi China. Sejauhmana kesannya, kita biarkan kepada yang pakar memperdebatkannya.

Persoalan disini, dengan sistem matawang sedia ada yang boleh dicipta dengan mudah, apakah tindakan menaikkan nilai Yuan ini akan membantu mengurangkan defisit perdagangan US yang besar itu?adakah tindakan ini akan mewujudkan pasaran perdagangan yang lebih adil kepada dunia sejagat ( $39.7 billion ) ? bagaimana keadilan tersebut dihakimi? atau lebih jelas sekali , adakah tindakan menaikkan nilai wang fiat akan membantu dunia menikmati ekonomi yang adil keseluruhannya?

Dari sebelah pihak, Amerika seperti terdesak untuk memulihara sistem ekonomi mereka. Jurang defisit perdagangan yang besar bukan semata-mata kerana negara itu menderita dari harga barangan import yang murah tetapi kerana rakusnya perbelanjaan Amerika keseluruhannya. Kembali kepada asas, jika kita membelanjakan keuntungan serta modal syarikat melebihi hasil yang diterima, sudah tentu kita mengundang keadaan kewangan yang tidak sihat. Namun sampai bila keadaan kewangan tidak sihat tersebut boleh dikawal. Kalau asyik sakit memanjang, pengakhiran yang lazim ialah mati. Itulah hukum alam. Sekarang, Amerika cuba mengubati kesihatan mereka dengan menunding jari kepada pihak lain.

Dan China pula, secara positif tindakan ini akan membantu mengurangkan risiko kecairan matawang yang tinggi ( masalah “asset bubble”). Namun kesan negatif pasti ada terutamanya kepada sektor pengeluaran. Tindakan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran meningkat, kuasa membeli rakyat terhadap barangan asing juga meningkat. Ia barangkali akan mencederakan industri-industri kecil sederhana di sana.

Walaupun begitu, sampai bila dunia akan menggunakan sistem tukaran yang memeningkan kepala ini? Bukan senang nak faham digit-digit tukaran. Boleh jadi pening kepala. Semakin lama, semakin rumit masalah ekonomi dunia muncul. Bermacam-macam istilah digunakan dalam dunia kewangan, namun masalahnya semakin meruncing.

Ekonomi dunia hari ini boleh diibaratkan seutas benang yang ditarik tegang. Siapa yang tarik ialah mereka-mereka yang menggunakan sistem ekonomi tersebut. Semakin tegang benang tadi, semakin tinggilah risiko untuk putus. Sekali putus benang tadi, apa yang kita buat ialah dengan menyambungnya dengan utas benang yang lain. Di tarik lagi, putus lagi, dan ikat lagi. Inilah situasi yang sesuai saya fikirkan untuk menggambarkan keadaan ekonomi dunia. Persoalannya, sampai bila kita nak tarik benang tersebut yang memang diakui mudah putus.Kenapa tidak digantikan seutas benang tadi dengan tali sauh kapal yang terbukti kukuh? :)

Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik untuk semua ini?

ps: benang boleh jadi kuat kalau dijahit jadi kain :)

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *