Kenapa Perniagaan Online Begitu Menyusahkan?- Modul Minisite

Jika soalan ini di ajukan kepada saya, saya akan katakan perniagaan online ini susah sebab saya bukan orang IT. Saya bukannya orang yang pandai tentang komputer. Namun, semua ini sebenarnya bukan penghalang besar. Betul tak?

Jika azam dan impian jelas, masalah boleh dianggap sebagai satu ujian. Ujian itu cuma ujian. Bukannya penghalang kepada kejayaan. Ujian tidak sepatutnya dianggap sebagai ‘signal’ untuk kegagalan. Sebaliknya ia adalah salah satu dari cabang-cabang kejayaan. Percaya atau tidak, ia hukum alam. Setiap kejayaan menuntut kegagalan.

Membina perniagaan online menuntut sedikit sebanyak kefahaman tentang IT. Ia satu kemestian. Namun menjadi pakar bukanlah satu kewajipan. Apa yang penting ialah sesorang itu perlu mempunyai motivasi yang tinggi. Bagaimana motivasi memainkan peranan ditentukan dengan usaha yang mereka lakukan.

Beberapa hari yang lepas, saya menerima satu emel dari kumpulan IM terkenal tempatan. Usaha mereka mengetengahkan konsep perniagaan online secara praktikal amatlah dihargai. Ia satu pengorbanan dan sumbangan yang besar untuk tanah air. Mungkin ramai yang belum sedar.

Di sini, saya kongsikan 1 modul penting dalam perniagaan internet iaitu Modul Membina Web Jualan. Ini modul yang berkualiti. Bahkan ia percuma. Sekiranya modul seperti ini anda dapati dari mana-mana seminar perniagaan online, saya yakin seminar itu bukan serendah RM100 yuran penyertaannya. Pasti lebih mahal! :)

Kini, anda boleh memuat turun dan mempelajarinya sendiri secara percuma. Modul setebal 123 mukasurat ini disertakan dengan gambarajah perihal membina web jualan yang mengkagumkan. Ia ringkas tetapi inilah antara solusi utama kepada ujian perniagaan online. Sekiranya seseorang itu berjaya menguasai asas membina web jualan, mereka pastinya boleh pergi jauh dalam dunia menjana pendapatan dari internet.

Untuk membacanya, sila muat turun dengan klik pada gambarajah di atas.

Selamat membaca !!! :)

PS : terima kasih FlareBiz.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *