RempitEbay- Celoteh Ringkas

“Salah satu cara mudah mencari sumber pendapatan di internet ialah dengan ber”EBAY”

Langit tak senantiasa cerah. Sampai masanya, mendung berarak dan hujan pasti akan turun. Itu lumrah. Begitu juga dengan kehidupan si makan gaji. Khususnya naim sendiri. :) Usia yang semakin meningkat, umur yang semakin singkat, menanti lebih banyak tanggungjawab yang bakal dipikul. Menyimpan wang di usia yang muda sangat penting untuk mencorakkan kehidupan yang lebih tenang dan selesa untuk masa tua.

Namun, bukan semua orang mampu menyimpan wang dengan banyak . Betul tak?

Kalau gaji cuma RM2000, berapa sangat lah yang boleh disimpan? Sebab itu ramai eksekutif muda hari ini tak banyak yang menyimpan. Tak cukup katanya . Heh heh… Tak payah menunding pada orang lain. Cukup sekadar merujuk kepada empunya diri.

Untuk meningkatkan simpanan, kita tak semestinya bergantung terus pada wang gaji. Ini penting. Jika kita terlalu bergantung kepada gaji, bahananya minda kita kurang kreatif. Akal pegun statik. Memang benar, kebijaksanaan dan disiplin yang tinggi menguruskan kewangan diri akan membantu membina simpanan wang yang stabil. Namun, meletakkan fakta tersebut sebagai alasan untuk tidak berkerja lebih akan merugikan masa dan tenaga. Sepatutnya jiwa anak muda harus lebih kental, berkobar-kobar semangatnya untuk membina bahtera kewangan yang lebih besar, kukuh dan semestinya halal untuk masa -masa tua.

Sungguhpun ada sebahagian dari kita yang telah sedar, mereka masih buntu untuk mencari jalan bermula. Walhal, jalan tersebut sudah ada. Hanya menanti diri kita mengeksplorasi sahaja. Yang pasti, sudah tentu ia memerlukan keberanian, istiqamah, kesungguhan untuk melaluinya.

Dalam usia sebegini, saya kesal kerana saya tidak mampu menjadi hebat seperti kenalan yang lain. Kecewanya, tuhan saja yang tahu. Tetapi, perlukah kehampaan tersebut mematahkan semangat untuk berusaha? Perlukah? Jalan mati hanya untuk orang yang tidak berfikir, untuk orang yang tidak mahu memanfaatkan anugerah Allah. Sebab itu saban hari ada saja berita tentang kes bunuh diri, rompakan , mahupun kes jenayah-jenayah yang lain. Mereka ingin cepat ‘senang’ tanpa benar-benar tahu apakah ‘kesenangan’ yang mereka kejarkan. Akhirnya mereka hampa ditengah jalan usaha.

Alhamdulillah…

Jika kita rajin berfikir, fokus, pastinya Allah akan bukakan jalan untuk hambanya.

Ps: Ebay adalah sumber pendapatan baru saya. Terima kasih sifu saiful untuk panduan rempit ebay. Ilmu + Usaha = Kejayaan. Walaupun pendapatan darinya belum banyak, ebay adalah sumber yang cepat untuk saya menambahkan wang simpanan.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *