Prestasi Julai 2010

Cepatnya masa berlalu. Hari ini dah 1 ogos. Beberapa hari lagi akan tiba Ramadhan. Rasa seperti baru Januari. Tak sangka dah nak berakhir tahun 2010. Banyak yang dirancang, tapi masalahnya yang dirancang menjadi tak terancang. Sedih…

Bulai Julai lepas, banyak perkara yang tak disempurnakan. Entah. Mungkin karena jadual diri yang ketat ataupun disebabkan sifat diri yang malas. 2 faktor yang menjadi penyumbang terbesar gagal untuk mencapai matlamat. Udah banyak mengeluh. Sayangnya keluhan tak disertakan dengan usaha. Usaha pula tak banyak yang disertakan dengan pengorbanan. Mungkin itulah penyebab kegagalan.

Jadi, apa penyelesaian untuk semua ini?

  • Review semula KPI diri. Ada yang terlalu ketat yang patut disesuaikan dengan keadaan diri.
  • Kena banyak berusaha. Ini bahagian paling susah. Motivasi yang tinggi sangat-sangat diperlukan sewaktu diri letih berkerja seharian. Mungkin itulah namanya pengorbanan
  • Kena cari semula identiti diri. Hidup sekejap saja. Kalau tak kenal erti tujuan hidup, tak guna melata di atas bumi ni. Yang rasa kosong, boleh diisi. Cuma perlu mencari.

Harapan Bulan Ogos.

InsyaAllah dalam bulan yang akan datang, Ramadhan akan tiba. Bulan ini sepatutnya ditingkatkan amal ibadat. Patut masuk gear 4 dah. Perlu ada rombakan dalam jadual seharian untuk disesuaikan dengan Ramadhan. Tentang target bulanan, itu pun patut ditingkatkan. Seperti biasa, bulan lepas ada satu matlamat yang gagal perlu diselesaikan bulan ini. Ini akan diberikan keutamaan. Matlamat istimewa ogos kali ini ialah :

  • Target jualan 100 pelanggan dari eBay
  • Kemaskini ebook PanduanVCC disempurnakan

Ringkasan Julai 2010 :

  • Saving 32.16% cash dari matlamat tahunan. Meningkat 3% dari bulan sebelumnya. Jumlah aset terkumpul ialah 69.05% dari matlamat .
  • Pendapatan tambahan (48.08% keseluruhan ). Meningkat :
    • Adsense 159.3% dari sasaran (naik).
    • EBook 549% dari sasaran (naik)
    • eBay 27.1% dari sasaran ( kali pertama direkodkan ).
  • Input tambahan untuk perkembangan diri:
    • Grammar English : Out! No improvement at all.
    • English Vocabulary : Out! No improvement at all!
    • Buku : tak baca :)
    • Akhbar : hancusss.
    • alQuran : lesu.

Keadaan kritikal. Unit tindakan khas perlu digerakkan. InsyaAllah bulan Ogos mesti ada peningkatan! Untuk bro Hassan, saya terpaksa tunda sementara projek kita untuk membenarkan beberapa perkara diselesaikan terlebih dahulu.

Pesanan Saidina Umar R.A :
“Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini.”

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *