Inikah Jalan Keluar Dari Hutang Semudah ABC?

Alhamdulillah, sampai juga buku yang saya pesan. Tempahan yang pertama gagal. Buku yang dipesan gagal dikesan. Tak dapat dijejak . Mujur si penjual betul-betul ‘genuine’. Jadi digantinya dengan buku yang sama cuma masa penghantaran ditunda lagi.

Apapun,syukur. Kalau tak, terbang USD8.99. :D Harga murah je sebab ini buku terpakai. Kalau ikutkan harga pasaran, harga sekitar USD$16.55. Nak jimatlah katakan. Pesan orang, bijak berbelanja ni biarlah alah dalam membeli tapi memang memakai.

Buku “The ABC’s of Getting Out Of Debt” ini adalah buku ke enam dalam koleksi RichDad yang saya ada. Tentang isi buku, baru nak baca. Walaupun baru beberapa helai, kandungan tetap menarik. Gaya olahan macam buku fiksyen memang santai. Takde le rasa berat sangat bahan bacaan ni nak dibandingkan dengan buku-buku ilmiah yang lain. Yang penting, objektif buku sampai. Tiada guna kalau baca buku beratus-ratus buah pun kalau tiada kesan ilmu yang nak disampaikan. Mohon dijauhkan tuhan dari tabiat yang macam tu.

Hutang bukan perkara kecil dalam kehidupan. Bahkan orang yang mati dengan berhutang akan tergantong rohnya nanti. Dalam Islam, orang yang berhutang dan melengah-lengahkan bayarannya sedangkan dia mampu ,halal untuk dirinya dikutuk/umpat oleh pemiutang atas sebab sifat buruknya yang melengah-lengahkan hutang.

Justeru dalam dunia hutang hari ini, memang sesiapapun takkan dapat hindarkannya. Hampir setiap hari kita menggunakan hutang untuk mendapatkan sesuatu. Perbezaannya bagaimana kita menangani hutang tersebut. Dengan berhutang, sebenarnya kita telah menjadi hamba kepada pemiutang. Sekalipun kita amat kaya, tetapi kaya dengan hutanglah bukan satu impian.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri supaya berhati-hatilah dengan hutang. Hutang yang kecil ibarat api. Jika bijaksana si penggunanya, maka api tersebut besar mafaatnya. Begitulah sebaliknya. Jangan kita sangka dengan bayaran bulanan yang kecil (ansuran) tersebut mampu untuk kita usahakan dalam tempoh masa yang panjang. Masa sihat, kita mampu. Masa sakit, sakit wang, sakit family, sakit masyarakat, belum tentu kita mampu untuk selesaikan bayaran yang kecil tersebut.

Kesimpulannya, :) berhutanglah asalkan ada perancangan dan tindakan untuk membayarnya kembali.

Ps: Simpati pada pelajar yang terpaksa berhutang untuk belajar..Macam saya! :)

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *