Apabila Silver Diminati Penduduk Negara India…

Di Malaysia, silver masih belum mempunyai tempat dalam hati masyarakat. Umumnya segelintir sahaja yang tahu tentang potensi silver. Itupun barangkali mereka adalah penyimpan atau pengumpul syiling/ bar/ jongkong emas. Namun potensi untuk silver naik nilai adalah sangat tinggi di pasaran global.

Setahun yang lalu, harga bagi 1 oz atau 31.105 gram silver adalah sekitar USD$15-USD$18. Siapa sangka. Angka tersebut kini bertukar hampir 100% kepada nilai semasa sekitar USD$35. Peningkatan drastik mengatasi potensi emas global.Dalam keadaan harga emas yang begitu mahal untuk dimiliki pada masa sekarang, tak mustahil dalam satu atau dua tahun akan datang, pelaburan silver akan menjadi tumpuan ramai orang.

Semalam semasa saya cuba membuat perbandingan harga semasa bagi jualan emas 1 gram dari bank-bank, saya perhatikan rupa-rupanya pihak UOB Bank Singapura ada menawarkan akaun simpanan silver di sana. Menarik ! Di sini, pasaran silver sebagai barangan kemas mahupun pelaburan masih dingin. Bagi saya , ini satu peluang yang sangat baik.

 
Oh ya! Kenapa saya tuliskan tajuk artikel kali ini berkaitan dengan penduduk negara India? :)
Sebagai negara yang mempunyai potensi besar dalam pertumbuhan ekonomi dunia, India adalah negara pengguna & pengimport emas terbesar dunia tahun 2010. Hampir 700 tan diimport masuk ke dalam India dan ia adalah 24% daripada peratusan pengeluaran emas dunia. Sehingga suku ke-3 2010, kira-kira 624 tan metrik emas diimport oleh India.

According to WGC statistics, gold imports by India, the largest consumer in 2010, exceeded 2009 levels as consumers boost jewelley purchases.
Imports totaled 624 metric tons by the end of the third quarter, compared with 559 tons in all of 2009, according to data released in a report by WGC. India bought 214 tons in the third quarter, up from 176 tons a year earlier, it said.-commodityonline

Kini , dengan peningkatan harga emas dari masa ke semasa, emas menjadi sukar untuk dimiliki oleh kebanyakan masyarakat India luar bandar. Jangan kan mereka, saya yakin rakyat Malaysia sendiri berfikir 3 kali untuk membeli sekeping syiling emas. Itupun puas bertangguh dari tahun lepas :)

Dengan alternatif yang ada, permintaan terhadap silver sebagai barangan kemas dalam pasaran India mula mendapat tempat. Kini ramai di kalangan masyarakatnya mula membeli silver sebagai barangan kemas mahupun sebagai pelaburan melindungi Inflasi. Oh ya, tahukah wahai kawan-kawanku inflasi semasa negara kini ( pada Jan 2011 ) ialah 2.4% ? Meningkat dari 2.2% pada Jan 2010 yang lalu. ;)

Bukan itu sahaja, berdasarkan maklumat yang saya dapati dari internet, tahun lepas India telah mengimport lebih 4000 tan metrik silver. Hanya 1300 tan metrik digunakan dalam sektor pembuatan. Selebihnya dijadikan barangan kemas. Ini fakta yang mengkagumkan !

Dengan angka dan cerita yang dketengahkan, saya yakin silver akan mempunyai peluang yang cerah untuk terus naik nilai pada masa hadapan. Sungguhpun kekurang tempat untuk menjual kembali silver untuk mendapatkan pulangan, memulakan simpanan dalam silver bukanlah satu kerugian. Suasana yang tidak kondusif dinegara kita pasti akan berubah satu hari nanti. Seperti apa yang terjadi pada emas. 🙂 Justeru, ayuh mulakan simpanan kita hari ini dengan simpanan silver. Barangkali simpanan silver hari ni akan menjadi insurans dan wang persaraan kita 30 tahun lagi :)

 

 

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *