Elakkan “Ya” Pada Tawaran Kali Pertama

Sebelum ini, saya pernah terlibat dengan urusan jual beli kecil-kecilan koleksi silver dan emas simpanan. Sempatlah belajar sedikit sebanyak perit jerih seorang peniaga. Bukan senang untuk menjadi seperti mereka yang gigih dalam perniagaan. Banyak rintangan dan semestinya mereka yang berjaya adalah insan-insan yang paling tabah menghadapi rintangan. Mereka tentunya cekal, tabah dan tinggi kesabaran. Sebab itulah 9/10 sumber rezeki melimpah pada golongan seperti mereka.

Dalam perniagaan, pembeli dan penjual akan bertemu di satu tempat yang dinamakan pasaran. Opss…terkenang sewaktu di kaki bangku sekolah. Pelajaran ekonomi berkenaan mendefinisikan erti pasaran. Apa yang dilakukan oleh mereka itu ialah berniaga. Ada jual ada beli. Pastinya di dalam transaksi tersebut wujud ruang bernegosiasi ataupun rundingan. Ada harga, ada barang dan akhirnya persetujuan untuk menjual dan membeli.

Justeru, artikel yang akan saya kongsikan kali ini ada kaitannya dengan salah satu teknik rundingan yang saya pelajari dari bahan bacaan semasa saya.

” Never Say Yes To The First Offer”.

Itulah teknik rundingan yang saya maksudkan. Dahulu, saya tak tahu tentangnya. Sehinggakan saya merasa agak rugi dalam sesetengah transaksi jual beli. Walaubagaimanapun, syukur kerana tuhan berikan saya ruang untuk terus belajar dan berkongsi serba sedikit pelajaran tersebut melalui tulisan di blog ini.

Teknik di atas adalah salah satu cara untuk menjadikan negosiasi anda suatu negosiasi yang berjaya.

Mari kita fikirkan bagaimana teknik tersebut boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Lazimnya ramai yang akan atau telah melalui hidup berunding dengan orang disekeliling. Cuma mungkin tidak pernah berkesempatan untuk mempelajari apatah lagi mempraktikkan teknik di atas.

Di sini saya bawakan satu contoh, Ahmad ingin membeli sebuah Ipad terpakai di pasaran. Harga yang beliau temui di lelong.com.my ialah RM2000 bagi sebuah Ipad Wifi 64Gb. Harga tersebut bukanlah mahal baginya. Justeru untuk menjayakan hasrat beliau, ditambah lagi dengan teknik “minta lebih dari jangkaan“, beliau cuba berunding dengan penjual tersebut untuk membelinya pada harga RM1800. Seterusnya beliau mulakan rundingan jual beli pada harga RM1500. Fuuuhhh.. Harga yang sangat murah berbanding lain-lain ipad terpakai di pasaran.

Adakah logik permintaan Ahmad tersebut?

Apakah reaksi biasa dari penjual jika harga yang ditawarkan rendah dari harga jualan RM2000?

Rasionalnya, si penjual akan menolak tawaran tersebut. Namun perkara sebaliknya berlaku. Si penjual bersetuju untuk menjual pada harga tersebut kepada Ahmad.

Kawan-kawan, jika keadaannya begitu, apakah reaksi yang boleh kita lihat dari riak muka Ahmad? 😉

Saya yakin ramai yang akan katakan si Ahmad pasti gembira dengan harga yang diminta iaitu Rm1500. Sekiranya Ahmad adalah saya, saya akan melonjak-melonjak dan senyum melebar sampai ke cuping telinga. Hoho.. Bergurau saja… Apapun, ia satu tawaran yang mengkagumkan dan Ahmad pastinya gembira kerana beliau boleh jimat RM300.

Namun, apakah anda terfikir disebalik kegembiraan Ahmad, beliau pasti akan dihantui dengan 2 perkara sesudah transaksi tersebut berjaya.

Perkara pertama : Penyesalan

Perkara kedua : Keraguan

Kenapa?…

Ohhh….mata saya sudah letih nampaknya. Mungkin masa tidur sudah sampai. Saya tingalkan persoalan tersebut untuk difikirkan rakan pembaca semua. Jawapannya pasti merentap sanubari kalian. Ia sesuatu yang pernah dialami oleh ramai orang namun tidak terdetik dihati mereka ia naluri hati yang boleh dipelajari.

Selamat malam ;)

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *