Mana Nak Beli Silver Coin Murah?

Leka bercerita tentang kelebihan silver coin ( syiling perak ) dalam teknik pengurusan kewangan, terlupa pula nak dikongsikan tentang sumber-sumber untuk mendapatkan silver tersebut. Justeru, dalam artikel kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak sumber-sumber untuk membeli silver coin ( syiling perak ) yang wujud pada masa sekarang.

  • PublicGold
  • Agen Dinar/Dirham Kelantan/ Orang perseorangan/ peminat/pengumpul silver di facebook
  • eBay
  • KitcoSilver
  • GoldSilver.com
  • Perth Mint Australia

Sumber Pertama : PublicGold

Oleh kerana kekurangan pembekal rasmi di Malaysia, silver keluaran pihak PublicGold adalah pemborong & peruncit silver yang paling mudah didapati di pasaran. Dengan ukuran saiz mengikut berat, PublicGold menawarkan silver bar pada ukuran saiz 250gram, 500 gram dan 1kilogram. Harga silver tersebut pula dikemaskini setiap masa ( kecuali hari sabtu & ahad ) mengikut pasaran komoditi antarabangsa.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli silver tersebut. Antaranya ialah harga yang ditawarkan kelazimannya lebih mahal dari harga silver coin yang unik di pasaran. Selain itu, ukiran silver tersebut juga agak kurang menarik berbanding silver keluaran syarikat-syarikat antarabangsa. Walaupun begitu, silver keluaran PublicGold adalah suatu yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana mereka adalah antara perintis awal yang berani memasarkan silver di pasaran Malaysia. Tambahan lagi, PublicGold juga menawarkan khidmat beli semula silver yang dijual mereka pada harga yang berpatutan.

Untuk mendapatkan silver-silver bar tersebut, sila kunjungi website PublicGold.com di sini.

 

 

Sumber Kedua :Agen Dinar/ Dirham Kelantan Orang Perseorang di facebook

Ya, ini adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh ramai peminat dan pengumpul silver di Malaysia. Oleh kerana silver belum lagi menembusi pasaran Malaysia secara komersial, ramai yang menggunakan facebook ( laman social network ) sebagai ruangan berjual beli silver koleksi masing-masing. Rata-ratanya adalah juga peminat dan pengumpul emas.

Kenapa membeli dari orang perseorangan ?

Umumnya ramai yang agak ragu-ragu dengan konsep jual beli online ini. Tambahan pula berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Justeru sebahagian besar rakyat Malaysia memilih untuk membeli melalui transaksi bersemuka. Ia tidak dapat disangkal. Kewujudan Facebook dan kumpulan-kumpulan penjual dan pembeli tersebut bukanlah untuk menjadikan transaksi online sebagai matlamat utama. Namun jualbeli silver menjadi lebih mudah dan murah dengan kewujudan mereka. Sebab itu, membeli melalui orang perseorangan di Facebook lebih menjimatkan. Perlu diingatkan, setiap komoditi yang dipasarkan mempunyai harga jualan dan harga belian yang berbeza amaunnya. Dengan membeli dari orang perseorangan, ruang negosiasi wujud dan peluang untuk mendapatkan pada harga yang lebih murah adalah cerah.

Untuk mencari group/orang perseorang yang menjual dan membeli silver difacebook, anda boleh mula mencari dengan menggunakan fungsi carian group di facebook. Caranya taip perkataan “silver” atau “perak” atau ‘dirham’ di dalam kotak carian, kemudian pilihlah carian mengikut “group”.

Oh ya, selain facebook, ini pula web-web lain yang juga turut mengedarkan syiling silver :

  • Nubex.com.my
  • ClickGold2u.com

 

Sumber Ketiga :eBay

Haaa..ini juga menggunakan sumber kedua namun transaksinya melibatkan pasaran antarabangsa. Bukan sahaja dalam negara, syiling perak boleh dimiliki dari penjual-penjual, pengumpul-pengumpuldan para peminat silver seluruh dunia. Selain dari pelbagai pilihan silver, transaksi di eBay mempunyai jaminan kualiti dan wang dikembalikan. Asalkan pembelian tersebut melalui PayPal dan juga secara rasmi melalui laman web eBay.

Oh ya, PayPal ialah metode pembayaran seumpama menggunakan MayBank2u online. Manakala eBay pula adalah pasaraya online terbesar dunia yang mempunyai jutaan penjual setiap hari. Dengan pembelian di eBay melalui Paypal, pembelian dijamin keselamatannya. Sebagai contoh, jika silver yang dibeli tidak sampai dalam tempoh yang dipersetujui, pembeli boleh membuat aduan pada eBay support team dan PayPal support team. Sekiranya terbukti penjual gagal menghantar barangan tersebut atau silver yang dijual adalah palsu, pembeli boleh memohon wang dikembalikan dan pihak PayPal akan membayar wang tersebut terlebih dahulu dengan cara-cara tertentu. Dengan itu, pembelian adalah lebih terjamin dan selamat.

Sehingga kini, saya pernah menjadi pembeli di eBay dan masih membeli barangan di sana. Bahkan saya juga pernah menjual di eBay.

 

Sumber keempat : KitcoSilver.com

Bagi ramai peminat tegar silver atau emas, Kitco.com adalah laman web mesti lawat memandangkan ia bagaikan akhbar harian bagi emas dan silver. Di sana, ramai penganalisa dan juga berita-berita terkini tentang komoditi emas dan silver disiarkan. Bahkan ramai yang merujuk kepada carta Kitco.com untuk pergerakan harian,mingguan, bulanan, tahunan emas dan silver.

Salah satu anak laman web mereka ialah KitcoSilver.com yang memang dikhususkan untuk silver. Inilah satu-satunya sumber ilmu utama berkaitan silver yang selalu saya rujuk. Pengendali laman web tersebut juga menyediakan khidmat jual beri barangan komoditi seperti emas, silver, palladium & palladium.

Dari pengamatan saya, sebagai salah satu web utama yang berkredibiliti tinggi, produk silver yang ditawarkan kitco mempunyai pelbagai pilihan. Namun yang menjadi isu utama ialah minima belian, kos penghantaran & caj insurans yang tinggi. Saya pernah mencuba membuat tempahan dan mendapati hampir USD$135 serta caj insurans yang semakin tinggi bergantung kepada jumlah belian.

Oh ya, minimum pembelian ( termasuk kos penghantaran dan insurans ) mestilah melebihi USD$1000 :)

 

Sumber Kelima : GoldSilver.com

Sumber kelima ini saya temui dari buku Gold And Silver tulisan Mike Maloney. Buku tersebut disarankan oleh penulis buku BestSeller Rich Dad Poor Dad , Robert Kiyosaki. Yup. Inilah laman web pilihan untuk mendapatkan silver dengan kos penghantaran yang murah. Namun minima pembelian silver untuk penghantaran luar US haruslah dalam kuantiti 100 oz silver atau 1 oz emas. Jumlahnya bukan kecil bagi orang kebiasaan seperti saya. 100 oz bersamaan hampir RM14000.

Jika anda orang yang banyak duit dan mahukan kos penghantaran yang murah , mungkin sumber ini boleh dipertimbangkan. Opss.. harga sekeping syiling silver di sini agak mahal sedikit berbanding sekeping syiling silver dari Kitco.com

 

Sumber Keenam : Perth Mint

Oleh kerana sumber keempat mengenakan caj yang tinggi untuk penghantaran dan insurans, manakala sumber kelima pula mengenakan minimum belian 31105 gram ( sekitar RM14000 ), maka sumber keenam ini patut dipertimbangkan. Sumber yang saya maksudkan ialah laman web The Pert Mint Australia.

Perth Mint Australia bukanlah suatu yang asing bagi pembeli barangan komoditi antarabangsa. Sungguhpun saya belum pernah membeli dari laman ini, saya yakin ini memang web yang mempunyai jaminan keselamatan pembelian yang tinggi.Selain dari nama yang terkenal, salah satu pengedar emas terkenal di Malaysia juga merupakan agen kepada mereka.

Harga yang ditawarkan juga lebih rendah berbanding harga runcit dan borong syiling silver oleh ramai penjual diluar sana. Namun, anda perlu juga mengambilkira kos penghantaran. Apapun, ia pilihan terbaik dan saya pasti akan membeli darinya satu hari nanti. (ohhh…bajet sekarang cukup-cukup untuk beli saham )

Selesai sudah 6 sumber saya nyatakan disini. Jika anda ada sumber yang lain, alangkah baik jika dikongsikan bersama. Mudah-mudahan artikel ini membantu rakan-rakan lain yang berminat untuk memiliki silver pada masa kelak. Kalau dah beli nanti dari mana-mana sumber di atas, kongsikanlah pengalaman masing-masing di sini ya :)

PS: Kemaskini terkini, antara sumber -sumber lain yang dikongsiakan oleh rakan dari facebook ialah APMEX dan Gainesvillecoins

Share on Facebook

Comments

  1. khairul says:

    salam tuan…selamat hari raya
    saya ingin bertanya..
    macmana kita mahu membeli silver coins yg lama2..
    contoh kookaburra 1990-2000
    kebanyakan saya tgk dalam kitco dan perth mint semua yg baru2 sahaja…
    harap dapat membantu yer

  2. Azmi PJ says:

    Saya nak jual 3 keping 1world silver dirham 2012 (10 dirham) , boleh tahu kat mana saya nak jual syiling silver ni?
    email saya: azmii.penang@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *