Tolong Jangan Terburu-buru Katakan Ya…

Ya, tolong jangan terburu-buru katakan ya pada peringkat awal negosiasi anda. Sekiranya anda pernah berunding, tak kisah lah samada ketika menjual barang atau pun mebeli barang ( yang boleh tawar menawar sahaja ), peraturan ini boleh memberi manfaat besar dalam rundingan anda tersebut.

Tapi kenapa ? ;)

Haaaa… Itulah soalan yang cuba saya selesaikan ketika mempelajari tips ini.Bulan lalu saya telah membeli satu barangan dari sebuah laman web di internet. Sungguhpun si penjual meletakkan harga tetap untuk barang tersebut, saya sengaja mencuba untuk berunding dengan si penjual terlebih dahulu menggunakan tips terdahulu ” Minta Lebih Dari Kemahuan”. Betullah kata pepatah “Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Ada peluang !

Cubaan saya tersebut berhasil.

Nampaknya si penjual tersebut berjaya saya pujuk untuk menjual barangannya pada harga yang lebih rendah dari yang ditetapkan. Tips pertama sukses! Bagaimanapun, harga baru yang ditetapkan si penjual dan dipersetujui bersama bukanlah menandakan permainan negosiasi ini berakhir. Justeru saya cuba praktikkan tips ini bersama teknik ” Higher Authority” ( insyaAllah saya akan kongsikan dalam artikel seterusnya ). Yup… Terbukti berjaya.

Baiklah, kenapa anda perlu elakkan diri dari terburu-buru bersetuju dengan tawaran pertama setiap kali beruding? Jawapannya anda perlu berfikir tentang 2 perkara di bawah ini sebelum anda terus bersetuju. Perkara tersebut ialah :

  1. Keraguan
  2. Sesalan

Apabila Anda Mula Ragu

Sekiranya anda terus bersetuju dengan tawaran pertama, barangkali anda akan terperangkap dengan perasaan ragu-ragu terhadap urusniaga tersebut. Bayangkan, anda sedang berunding membeli sebuah laptop terpakai pada harga RM1500. Sasaran anda hanya untuk berbelanja sebanyak RM1300 sahaja demi laptop tersebut. Menggunakan teknik terdahulu, anda memulakan ruang negosiasi pada harga RM1000. Anda tahu ia mungkin mustahil tapi tiada salah untuk
mencuba. Dan….Syukur usaha anda tadi berjaya!

Penjual tersebut bersetuju untuk menjualnya pada harga RM1000. Wow!!! Bukankah itu satu aksi tawar-menawar yang hebat. Anda berjaya kurangkan harganya jauh lebih murah dari harga yang telah anda sasarkan pada RM1300. Ya! Anda telah berjaya menjimatkan RM300. Namun… Tibalah perasaan keraguan muncul di benak kepala anda selepas transaksi tersebut berjaya. Ragu-ragu tentang harga dan sikap si penjual yang mudah bersetuju dengan harga yang anda tawarkan. Inilah yang saya maksudkan bahana apabila mudah bersetuju pada tawaran kali pertama. Ia akan menyebabkan anda terperangkap dalam keraguan tersebut. Justeru bagaimana lagi anda ingin memenangi permainan negosiasi tersebut sedangkan hati anda telah pun diperangkap dengan keraguan.

Keraguan akan wujud dengan mudah jika kehendak anda tersebut mudah dicapai. Dalam erti kata lain, anda pasti tertanya-tanya kenapa si penjual tersebut bersetuju dengan harga rendah yang anda minta. Ataupun kenapa si pembeli cepat-cepat bersetuju dengan harga jualan yang anda tawarkan. Tidakkah wujud “Udang di sebalik Mi” dalam negosiasi tersebut. Jika anda biarkan keraguan ini wujud, anda sebenarnya bakal mengundang perkara kedua dalam rundingan tersebut…Anda pasti menyesal ;) Ya…

Apabila Anda Mula Ragu, Anda Akan Menyesal

Penyesalan. setelah anda ragu-ragu, lazimnya akan timbul penyesalan dalam hati anda. Ia normal. Dan itulah yang akan berlaku kepada anda. :) Oppsss…Bukan anda saja, malahan semua orang turut merasainya. Semestinya anda akan menyesal apabila apa yang bakal anda terima itu terkadung seribu keraguan. Tidakkah anda menyesal kerana tidak berpeluang mendapatkan tawaran yang lebih baik dari tawaran pertama tadi.

Dalam urusniaga yang saya ceritakan sebelumnya, saya elakkan dari terburu-buru bersetuju pada tawaran si penjual. Meskipun si dia bersetuju menawarkannya barangan yang akan saya beli pada harga yang lebih murah, saya cuba praktikkan tips ini dan …. Wooowwwww…saya berjaya rendahkan lagi harga yang beliau tawarkan. Maknanya 2 kali harga tersebut dikurangkan dari harga sebelumnya. Hanya dengan tips ini digunakan, saya berjaya kurangkan harga hampir 50% dari harga yang ditawarkan.

Bayangkan jika anda gunakan tips ini dalam urusan membeli rumah atau lain-lain urusniaga. Semestinya ia permainan minda yang sangat menyeronokkan. Cubalah sekali… Selamat berjaya!

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *