Diserbu JAIS Dalam Kursus Tok Belagak

Hehehe. Tak sangka boleh dapat pengalaman menarik macam ni.
Bukan senang nak dapat. Sabtu lalu, saya telah ikuti satu kursus
rawatan melibatkan saka,jin dan ilmu sihir yang dikelolakan oleh
pusat rawatan darul saka. Menariknya kursus tersebut bertambah
“meriah” dengan kedatangan sekumpulan penguatkuasa JAIS bersama.
Tak sangka,buah cempedak jadi nangka. Kelakar pun ada, sakit hati
lagi la ada. Kecewa? Itu usah diteka. Dalam dunia yang serba
canggih hari ini, masih ada golongan yang belum dapat mencerap
kebaikannya sepenuhnya. Sebaliknya menggunakan kuasa untuk
menghalang dari menerima kebaikan yang dicipta. Entah apa motifnya.
Namun saya fikir ia sesuatu yang tidak wajar jika penguatkuasaan
dilaksanakan pada yang bukan tempatnya. Bukankah itu juga satu
bentuk kezaliman. Pelik… Semalam sewaktu bergegas pulang dari
Shah Alam, terkedu melihat ramainya manusia berpusu-pusu menuju ke
masjid negeri bagi merebut ganjaran besar di bulan puasa. Namun,
betapa sedihnya melihat 20 kaki jaraknya dari masjid tersebut ,
pasangan- pasangan yang kekenyangan barangkali selepas berbuka
duduk bergelimpangan dikawasan tersebut. Apakah mereka ini tidak
lansung dipedulikan oleh pihak berkuasa agama? Bagaimana pula
dengan keluhan orang ramai yang tidak mendapat bantuan daripada
pihak berkuasa agama setempat bagi menampung kesusahan hidup?
Akhirnya terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak lain. Masih banyak
lagi persoalan-persoalan yang patut diselesaikan oleh pihak-pihak
berkuasa agama setempat. Bukanlah niat dihati untuk menafikan
kebaikan yang telah dilakukan mereka, namun harus diingat sebarang
kritikan,teguran atau nasihat adalah peluang untuk menambahbaik
dalam perkhidmatan. Ps : harap-harap orang JAIS berkunjung masuk ke
blog ini :)

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *