Untung Dari Gold Bar GCP & Kisahnya

Kontang idea nak menulis. Tapi, hati tetap nakkan sesuatu yang baru untuk blog ini. Jadi, setelah penat mencari idea, terdetik tentang pelaburan emas yang telah buat saya untung RM 500 dalam masa 3 hari. Amaunnya memang kecil berbanding pelaburan besar lain. Namun, cukup untuk memuaskan hati dikala indeks ekuiti dunia jatuh merudum. BURSA sebagai contoh telah jatuh dan kini berada di bawah paras 1500 mata. Hanya bebrapa hari saja. Sudah pasti pelabur-pelabur saham lain terasa bahangnya :) sedikit sebanyak saya pun terkena tempiasnya. Antara satu saham yang saya beli ialah MUHIBBAH.

Baiklah kembali pada topik utama kali ini. Minggu lepas , saya keluarkan duit simpanan dari akaun deposit tetap saya. Amaunnya kecil saja, RM 3000. Simpan selama 3 bulan dan dapat untung RM24 je. Hehehe..cukup lah untuk lunch 4 hari.

Setelah keluarkan duit tersebut, saya fikir nak berbelanja je. Mujur ada terdetik dihati untuk menahan sebentar keinginan tersebut. Kebetulan pada hari jumaat, ada seorang rakan telah sms saya dan ingin menjual bar emasnya pada RM3200 untuk berat 20 gram. Saya kira itu harga yang murah tau. Sebabnya selepas melihat kondisi pasaran dan harga pasaran emas semasa emas pada waktu tersebut ialah RM160/gram ( ini harga mentah ) . Maknanya saya boleh buat untung lebih banyak jika harga bar yang dijual murah. Teringat saya antara tips yang diberikan oleh Robert Kiyosaki iaitu ” profit is made when you purchase, not when you sell”. Keuntungan dibuat ketika anda membeli bukan di kala anda menjualnya.

Oh..tahukah anda berapa harga emas yang saya beli tersebut hari ini. Harga yang paling tinggi pernah dicapai untuk hari ini bagi emas yang mempunyai berat yang sama ialah RM3752. Wow!!! Itulah untungnya membeli emas. Tapi…yup mesti ada tapi… Jangan dilaburkan semua simpanan kita dalam emas. Pelaburan yang baik disarankan oleh pakar-pakar perunding kewangan ialah 10%-30% sahaja untuk satu-satu bentuk pelaburan. Jadi, kepelbagaian atau diversiti dalam pelaburan amatlah penting untuk memastikan ketidakstabikan pasaran dapat diseimbangkan. Sebagai contoh realiti, ketika kondisi pasaran saham yang tidak menentu hari ini, emas adalah pelaburan yang baik disebabkan ramai pelabur saham telah keluar dari pasaran ekuiti dan mencari komoditi seperti emas.

Kesimpulannya, jangan berhenti mencuba :) tiada puncak baru jika pendaki berhenti mendaki. Tiada kejayaan demi kejayaan jika kita sudah berhenti berusaha.

Ps : sedang merenung masa depan dalam bidang baru di insurans

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *