Antara Wang & Masa, Mana Yang Lebih Utama?

Saya masih ingat. Dulu-dulu, cikgu pernah mengajar tentang kelebihan masa. Masa itu ibarat emas katanya. Bukan itu sahaja. Bahkan ia lebih bernilai dari emas. Namun, lain pula yang saya perhatikan dalam dunia realiti ini. Sedari atau tidak, ramai manusia yang tidak sedar tentang kelebihan masa berbanding wang yang mereka kejar. Bagi mereka, wang itu lebih utama berbanding masa.Dengan wang, manusia boleh membeli masa bersama keluarga. Tak salah bukan ?. Tapi jika salah tafsir, ia memang salah. Tahu kenapa?

Tanpa wang dalam dunia hari ini, banyak institusi keluarga yang runtuh. Oleh kerana tidak cukup harta, manusia berkejaran memburu harta demi kebahagiaan yang mereka impikan. Tapi, mereka lupa. Apakah definisi bahagia yang sebenarnya mereka inginkan.

confused-face

Tahukah 85% sumber kebahagian dalam kehidupan dicapai melalui hubungan peribadi manusia. Hubungannya dengan keluarga, hubungannya dengan rakan-rakan, hubungannya dengan masyarakat dan yang paling utama ialah hubungannya dengan sang pencipta. Selebihnya Hanya 15% sumber kebahagiaan sahaja yang dicapai melalui pencapaian. Nah! Antara percaya dan kebingungan, ramai dari kita berusaha untuk menggapai 15% sumber kebahagiaan tersebut dan menggadai sumber terbesar kebahagiaan. Jadi, bagaimanakah kita mendapatkan sumber kebahagian 85% tersebut tanpa membiarkan 15% lagi?

Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Pengurusan masa yang bijak adalah kunci kepada mencapai kebahagiaan yang sebenarnya. Tak salah mencari wang. Yang salah ialah tidak mencari wang. Di sebalik kesibukan mencari wang, pernahkah kita mencuri tulang? Pernahkah kita menangguhkan kerja yang harus kita siapkan? Tak kira lah siapa yang menjadi bos dalam company, atau kita sebagai bos tersebut. Kebanyakan dari kita gagal menguruskan masa dengan bijak dan akhirnya mendapat tekanan dalam kehidupan. Kerana gagal menguruskan masa dengan bijak, masa bersama keluarga diganggu. Masa untuk bermasyarakat dikurangkan. Sedangkan kita belum pasti adakah masa yang betul-betul kita peruntukkan mencari wang itu begitu produktif atau sebaliknya.

Sempena maal hijrah 1432 ini, marilah kita selidiki semula sifat dan tabiat menguruskan masa dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan berpesan-pesan dalam kebenaran ( initipati surah al asr ) . Wslm

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *