Beli Insurans, Buang Duit?

Artikel ini khas buat rakan-rakan yang masih belum ada plan insurans/takaful yang komprehensif mahupun yang belum terfikir untuk mendapatkannya.

Tak perlulah saya ulangi berkali-kali tentang peri pentingnya plan perlindungan dalam hidup kita. Saya yakin kita semua tahu apa yang pasti dalam hidup ialah kematian. Tidaklah dilewatkan ataupun diawalkan walau sesaat pun kematian itu. Justeru persediaan kita menghadapi kematian lah yang patut menjadi persoalan. Bukannya masa yang dipersoalkan kerana ia pasti.

 
Photobucket

Namun, tak semua yang sedar tentang perkara ini. Bag mereka, hidup mereka akan lebih lama. Umur mereka akan lebih panjang. Justeru mereka tidak kisah pun siapa yang mereka akan tinggalkan kelak. Apa yang mereka akan tinggalkan kelak. Pada mereka, selagi nyawa dikandung badan, mereka harus memikirkan dan memperuntukkan wang mereka pada pelaburan. Kononnya untuk masa depan.

Yup,itu betul! Tak dinafikan. Namun, bayangkan jika impian kita melabur untuk mendapatkan RM1 juta pada umur 60 tahun terkubur pada umur 50 tahun. Kita disahkan menghidapi penyakit kriikal seperti masalah jantung, otak, kanser dan kegagalan buah pinggang. Yakinkah yang kita tidak sesekali akan menggunakan duit pelaburan yang belum matang tersebut? Impian mendapat 1 juta juga akan terkubur kerana di waktu itu kita harus membelanjakan segala harta yang kita ada untuk melanjutkan hayat yang ada.

Lebih sadis apabila usaha kitapada waktu itu gagal. Sudahlah impian 1 juta musnah serta merta, harta pula habis dibelanja. Mati pula yang kunjung tiba. Persoalannya apa yang kita tinggalkan untuk keluarga kita pada masa tersebut?

Fikir-fikirkanlah… Bukannya anda membuang duit dengan menyertai takaful atau melanggan insurans, tetapi anda telah mengurangkan bahana kewangan apabila sesuatu yang pasti itu tiba. Kesimpulannya, bueli insurans itu buang duit atau tak?

Ps: setiap tahun kos perubatan naik. Sekaligus yuran penyertaan takaful juga meningkat, bertindaklah sekarang untk memilikinya dengan penjimatan yang lebih rendah .

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *