Asam Garam Bisnes : Appoinment Tipu

20121004-231939.jpg

Salam. Lama tak tulis di blog ni. Nak kata sibuk, tak de la sangat. Cuma kebelakangan ni, saya lebih banyak fokuskan aktiviti luar. Mencari rezeki. Kais pagi, makan 6 tahun πŸ™‚ .

Ohh..saja nak kongsikan cerita malam ni. Tak sangka terkena buat kali kedua. Dalam bisnes takaful ni, terkena dengan appoinment tipu dah jadi lumrah.

Seminggu yang lalu, saya bertemu dengan seorang abang ni. Umur dah cecah 50 an. Beliau nampak macam sedang mencari pakej takaful untuk diri sendiri waktu tu. Saya tegur dan dapatkan info tentang diri dia.

Alhamdulillah, hari ni saya berjaya dapatkan 1 appoinment dengan dia. Tujuan saya mudah je. Nak terangkan apa cadangan takaful yang ingin saya cadangkan padanya. Tak kisah la nak ambil ke tak. Kalau ambil, bagus untuk dia dan tentunya bertambah income saya πŸ™‚ . Kalau tak ambil, ok je. Boleh jadi kenalan tambahan.

Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya appoinment yang saya sangkakan khas untuk bercerita tentang cadangan takaful dah bertukar. Abang ni rupanya nak ajak saya join satu Multi Level Marketing. Hahaha… Terkena la saya ni.

Terus saya cari jalan nak mengelak diri. Sedih le jugak datang jauh-jauh waktu malam. Mujur datang dengan motor je. Jimat minyak. Cuma rugi sangat-sangat sebab dah buang masa. Masa bukannya boleh dijual beli. Tak ternilai.

Pernah terkena? Apa yang anda buat? πŸ™‚

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *