Bina Rapport Dengan Mendengar

Marco robinson

Salam. Selalunya apabila saya mendapat temujanji untuk menceritakan faedah plan takaful, saya akan praktikkan perkara ini.

Inputnya saya dapat dari bahan bacaan saya. Buku ” know when to close the deal ” tulisan Marco Robinson. Bagus buku ni. Banyak membantu saya ketika bersua muka dengan prospek baru.

Ok..sekadar soalan mudah. Siapakah yang anda lebih suka ketika berbual? Orang yang selalu bercakap dengan anda atau orang yang selalu mendengar apa yang anda luahkan?

Bagi saya, saya sukakan orang yang suka mendengar apa yang saya cakapkan kepadanya. Apa yang saya bualkan, luahkan, orang tersebut mendengar dengan tekun. Berbeza dengan orang yang sebaliknya. Apabila kita bercakap, dia pula yang tak sabar-sabar nak bercakap. Mungkin itulah hikmah tuhan ciptakan kita mempunyai sepasang telinga berbanding satu mulut :)

Bagaimana kita dapat membina hubungan dalam masa yang singkat dengan mendengar?

Dalam apa jua bidang dalam kehidupan, kita semestinya mendengar apa yang si pembual inginkan. Mendengar bukan dengan hanya menutup mulut dan menadah telinga. Untuk membina rapport, seseorang harus kurang bercakap sebaliknya memperbanyakkan soalan-soalan yang berbentuk “open question”.

” an effective listener does these things : questions, listens, acknowledges, understands, agrees, clarifies, and never interrupt! “

Yup.. Untuk mendengar, kita harus bertanya kepada rakan bualan kita. Setelah mereka mula bercakap, fokus! Fokus kepada apa yang mereka ingin katakan. Tak cukup macam tu je. Mestilah semasa mendengar, seseorang boleh menzahirkan betapa fokusnya dia mendengar dengan pelbagai gerak balas. Seperti mengangguk, mimik muka dan lain-lain yang difikirkan wajar.

Kemudian, cuba memahami apa yang ingin si pembual katakan. Kalaulah dia tak suka makan ayam. Kenapa? Kenapa dia tak suka makan ayam perlu diketahui. Dengan mengetahui kenapa, barulah boleh dikatakan memahami. Kalaupun bersetuju atau sebaliknya, kita dah ada sebab yang kukuh untuk tidak menyinggung perasaan orang yang sedang berbual dengan kita.

Akhir sekali, jangan sesekali menjawab soalan yang kita tanyakan untuknya melainkan dia tak nak jawab :) Cuba la sendiri.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *