Rahsia ZUHUD Hassan al-Basri

Syukur. Setiap hari kita secara sedar atau tak diberikan limpahan nikmat dari Tuhan tanpa putus-putus. Persoalannya adakah kita benar-benar mensyukurinya dalam ketaatan atau sebaliknya.

Semalam, salah seorang rakan seperjuangan saya berkongsi 1 input yang amat-amat menyentuh jauh ke dalam lubuk hati saya.Kita senantiasa sibuk dalam urusan kedunian, sampaikan kadang-kadang kita lali dengannya. Masihkah kita ingat tentang tujuan dan matlamat asal kita berada didunia ini?

Inilah yang rakan saya kongsikan. Satu rahsia Zuhud yang dinyatakan oleh salah seorang Wali Allah yang terkenal dengan kezuhudan & ketinggian ilmunya, Hassan al-Basri.

“Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku tenang.
Aku tahu amalanku tidak akan dilaksanakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diri untuk melakukannya.
Aku tahu Allah SWT sentiasa memerhatikan diriku, maka aku malu untuk melakukan maksiat terhadapNya.
Aku tahu kematian sentiasa menungguku, maka aku akan sentiasa menambah amalanku untuk menghadapi pertemuan dengan Allah SWT”

Jangan Mudah Putus Asa
Intipati dari kata-kata tersebut ialah kepastian tentang sumber rezeki kita. Kita sebenarnya tidak boleh berputus asa dalam setiap usaha yang kita kerjakan. Tuhan telah pun tetapkan rezeki hambanya. Persoalannya ialah bila dan banyak mana? Kita maklum Tuhan itu Maha Kaya dan gedung kekayaannya tidak terhitung banyaknya. Seharusnya kita percaya dan terus berusaha. Rezeki itu telah ada.

Sebaliknya, jika kitamalas dan mudah berputus asa. Ia seolah-olah kita menidakkan keyakinan kita kepada tuhan. Orang yang malas ialah orang yang telah berputus asa dengan usahanya. Kenapa? Kerana mereka sebenarnya tidak percaya tentang ketetapan Rezeki tuhan. Mereka tidak percaya tentang rezeki mereka itu telah pun ditetapkan untuk mereka. Lantas mereka berputus asa dari mencarinya. Mereka mengharap tuhan memberikan kepada mereka serta merta dan terus menanti dengan tanpa berusaha.

Apakah balasan kepada orang yang tidak yakin dengan kekayaan tuhan? Bukankah mereka ini bakal tergolong dalam golongan yang kufur ?

Andaikata mereka itu kufur, apakah tuhan akan terus melimpahkan nikmatnya ?

Marilah sama-sama kita berusaha dan yakin dengan kejayaan yang tuhan telah tetapkan. Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya. Tak perlu lagi kita mencemburui kejayaan orang lain mahupun berdengki dengannya.

Kubur Masing-masing
Ya. Ini ayat yang sangat menarik apabila diberikan oleh mereka yang enggan mendengar nasihat dan teguran. Oleh kerana kubur masing-masinglah, kita harus senantiasa membuat perubahan-perubahan yang menambahkan amal ibadat kita kepada tuhan. Bukan menjadikannya 1 alasan untuk terus berlagak seolah-olah dunia ini kita yang punya.

Selamat Membaca & Beramal

Ps: saya tidak dapat mengesahkan kesahihan sumber di atas. Tapi, ia memang bermanfaat kan?

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *