Dapat Gaji , Apa Nak Buat?

20121225-145128.jpg

Baru dapat gaji pertama? Atau gaji yang entah kali ke berapa. Apa nak buat? Hurmm… Macam soalan bodoh. Namun jawapan yang kita paparkan melalui tabiat kita selalunya bodoh. Tak kisa samada gaji kita besar atau kecil, selalunya ramai yang gagal dalam menguruskan gaji mereka.

Kenapa?

Duit masuk = duit keluar

Apabila gaji masuk, kita mula fikirkan bagaimana untuk keluarkannya tanpa disedari. Caranya pun banyak sekarang. Maklumlah kalau hujung tahun, selalunya banyak promosi jualan murah besar-besaran. Jadi, belanja dan beli semua yang diingini. Tak cukup dengan wang tunai, kemudahan kad kredit ada. Hehe. Belanja. Belanja. Tak salah kan sebab ini cara untuk memberi ganjaran pada diri sendiri yang sudah berpenat lelah sebulan lamanya berkerja.

Itulah yang selalu berlaku dalam kehidupan kita semua. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan pun berlalu. Langit tak selalunya cerah. Apabila mendung tiba, mulalah kita menggagau mencari bantuan. Duit gaji dah habis dibelanjakan. Pinjaman la jalan penyelesaian. Kitaran ini akan terus dilalui. Semakin lama semakin banyak hutang kita kutip. Lama kelamaan, kerja bukan lagi impian tapi keperluan. Hamba abdi zaman moden. Bezanya tuan tanah zaman moden ialah kapitalis-kapitalis yang dicipta melalui sistem perbankan.

Justeru, apa yang kita perlu lakukan apabila dapat gaji?

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *