Kes Agent Insurans Penipu

agent insurans penipuSetiap manusia tidak dapat mengelak dari sifat jahat yang ada dalam diri. Jadi kali ini saya ingin berkongsi tentang 1 kes penipuan oleh agent insurans. Yup..ini kes agent yang menipu.

Modus operandi atau kaedah mereka ini sama je. Caranya melalui kutipan tunai peserta takaful yang terus ke dalam akaun agent penipu ni. Sebagai pemilik sijil takaful, anda mesti berhati-hati untuk membuat bayaran tunai kepada agent. Saya tidaklah bermaksud semua agent yang membuat kutipan tunai ni penipu. Tapi kecenderungan untuk menggunakan duit client adalah tinggi.

Bayangkan jika anda telah membuat bayaran selama setahun. Satu hari anda ingin mendapatkan rawatan daripada hospital swasta & mendapati anda tidak boleh menggunakan kad perubatan/ medical card. Apa perasaan anda pada saat tersebut? Bukan kerana syarikat tak nak cover penyakit yang anda alami atas alasan mengelat, tapi disebabkan sumbangan tunai anda selama ini telah dikebas si agent penyangak. Anda harus ingat polisi yang lupus hanya akan berkuatkuasa semula setelah bayaran tunggakan diselesaikan dan harus melalui tempoh menunggu. Jika penyakit tersebut berlaku dalam tempoh menunggu tersebut, ia akan dikategorikan sebagai penyakit sedia ada dan kebarangkalian pihak insurans untuk tidak lagi menanggung sebarang kos perubatan untuk penyakit tersebut adalah tinggi.

Saya yakin sesiapapun akan bengang tahap cipan.

Sebagai seorang pemilik sijil, saya juga taknak perkara ini berlaku kepada diri saya. Memandangkan duit boleh merubah seseorang, anda harus berhati-hati.

Di AIA Takaful, peserta boleh menggunakan beberapa kaedah untuk membayar sumbangan takaful. Kebiasaannya ramai memilih untuk membuat potongan dari akaun bank ataupun kad kredit. Walaupun begitu, bagi segelintir yang membuat bayaran secara tunai, cuba elakkan dari menyerahkan kepada agent dengan harapan beliau akan membuat bayaran.

Selama setahun saya menjadi agent AIA Takaful, sudah lebih dari 5 kali saya mendengar cerita kes tipu ni.

Saranan saya, sebagai pemilik sijil takaful ,anda haruslah :

  • selalu berhubung dengan agent anda ( jika agent anda seorang yang selalu mengambil berat tentang anda, ia satu kredit tambahan yang bagus )

  • setahun sekali, semak kembali polisi yang anda miliki. Dapatkan khidmat nasihat agent anda

  • jika anda membuat bayaran tunai, dapatkan resit atau sesekali anda harus menghubungi pihak syarikat untuk menyemak status akaun anda

Saya harap artikel ini dapat memberi sedikit pencerahan dan langkah berjaga-jaga. Ingat, anda memilih untuk memiliki sijil takaful bukan untuk ditipu tetapi sebagai persediaan menghadapi hari-hari musibah. Jadi senantiasa mengambil langkah persediaan.

Selamat beramal.

Ps : jika anda dapati ada agent penipu sebegini, anda boleh terus membuat laporan kepada pihak syarikat atau bank negara. Say No To Cheaters!

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *