Kenapa Saya Nak Jadi AGENT INSURANS ? – Masa

Bercakap soal masa, AGENT Takaful memang ada banyak masa 🙂 . Gurau hehehe
Setiap orang dikurniakan jumlah masa yang sama setiap hari. Tiada lebih mahupun kurang. Kebijaksanaan kita mengunakan masa menentukan sejauhmana kejayaan hidup kita. Orang yang gagal menggunakan masa dengan sebaiknya selalu membuang masa.
20130423-115852.jpg
Kebanyakan orang sekarang mengalami masalah dengan masa. Masa bersama keluarga, masa bergembira, masa berkerja, masa beristirehat, masa beribadah, masa bermain dan banyak lagi masa. Perghhhhh…berapa banyak kali saya sebut masa daaaaa…
Hakikatnya , 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, dan 365 hari setahun dikurniakan kepada kita untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Sebelum saya menceburi bidang perniagaan & takaful ini sepenuh masa, masa saya memang suntuk. Bermula pada waktu pagi, saya akan masuk kerja dari jam 8.45 sehingga jam 1 petang. Kemudian rehat untuk makan dan solat. Kerja diteruskan sehinggalah jam 5.45 petang. Umumnya tentu faham dengan situasi kerja pejabat dalam sektor swasta. Tidak ada dalam kamus untuk balik tepat masa. Selalunya masa-masa tambahan akan digunakan..hehehe.. Ingat bola je ke ada masa tambahan. Situasi kerja sebegini boleh la saya ibaratkan pergi gelap balik kerja pun gelap.
Dalam keadaan tersebut, masa yang tinggal untuk saya ialah waktu disebelah malam sahaja. Itupun terhad dari jam 8 malam sehingga jam 12malam. Waktu selepasnya adalah untuk masa merehatkan badan.
Saya yakin ramai diluar sana mengalami situasi yang sama dengan saya. Mungkin ada yang tak kisah. Tapi bagi mereka-mereka yang kisah, sesuatu harus dilakukan. Kalau tak , anda pasti akan menyedari hampir begitu banyak masa dikorbankan untuk menjadi hamba kerja. Memang benar kita berkerja untuk meneruskan kehidupan. Namun plan perancangan yang lebih besar dan mantap diperlukan. Perlukah kita habiskan masa sehingga 30 tahun lamanya untuk mencari rezeki dengan menjadi kuli..ooopsss… Maafkan saya jika ini memedihkan. Khas untuk mereka yang masih muda, fikirlah jauh kehadapan. Orang-orang terdahulu mungkin sudah sukar untuk berpatah balik. Namun bagi mereka yang muda, Kita mesti mencari jalan agar masa yang ada tidak diperuntukkan khusus untuk kerja sahaja.
Kita masih ada banyak keperluan yang memerlukan masa untuknya. Masa berkeluarga contohnya. Masa beribadah. Masa belajar.
Binalah plan masa anda sendiri. Tak semestinya anda terjun ke dalam bidang perniagaan ataupun bidang yang sama dengan saya. Cuma saya pasti , masa yang ditawarkan dalam bidang yang saya ceburi sekarang ,memberikan ‘kelonggaran masa’ yang cukup untuk saya peruntukkan kepada lain-lain keperluan masa tanpa perlu saya mengabaikan pencarian rezeki hidup ini.
Ps : ofis saya di mana-mana, masa kerja saya juga pada bila-bila. Saya senantiasa dalam masa bercuti, masa berkeluarga, masa berkerja , masa menimba ilmu, masa bersosial dan masa menulis blog…hehehe

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *