Saya Nak Fikir Dulu,Naim

Saya Fikir DuluSaya selalu mendengar ungkapan ini “Saya Nak Fikir Dulu” atau “Saya Nak Bincang Dengan Suami/ Isteri Dulu” dan banyak lagi yang ada kaitan dengan fikir ni. Saya pasti sebenarnya ada jawapan yang lebih konkrit dibelakang ungkapan tersebut. Pernah tak anda bagi jawapan ini pada agent insurans/takaful ? atau Jika anda agent, biasa tak dapat jawapan yang macam ni ?

Kenapa “Saya Nak Fikir Dahulu” ?

Saya seringkali terfikir-fikir apakah jawapan sebenar di sebalik ungkapan tersebut. Walaupun setelah diberikan penjelasan tentang “free waiting period” iaitu tempoh bertenang atau percuma manfaat sehingga 15 hari selepas tarikh polisi diserahkan ( proses meluluskan,mencetak dan menyerahkan polisi boleh mengambil masa antara 14 hari-30 hari ). Adakalanya saya ingatkan tentang musibah yang di luar jangkaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Siap tunjuk video lagi kisah seorang yang bertangguh beberapa hari, dan kemudian maut sewaktu hari nak menyerahkan borang permohonan. Dan macam -macam lagi. Akhirnya, saya membuat kesimpulan sendiri kenapa ramai di luar sana yang masih mahu menggunakan ungkapan “saya fikir dulu” dan seangkatan dengannya.

Jawapan sebenar

“Saya nak fikir dulu” adalah tanda-tanda “saya tak cukup bajet”. Betul tak? Kebiasaannya jika anda bersedia untuk mendengar penjelasan dari agent insurans/ takaful mengenai produk dan plan yang ditawarkan. Anda sebenarnya sudah bersedia untuk menyertainya. Tetapi, setelah melihat pakej yang ditawarkan jauh dari bajet yang mencukupi, inilah ungkapan yang akan digunakan. Samada ia benar atau tidak, saya yakin ramai yang akan sertai jika plan insurans/takaful itu murah. Namun, bukan semua plan yang lengkap dan diingini dapat disediakan pada harga di bawah RM100. Itu adalah hakikat. Lagi murah plan yang anda ambil, lagi kurang manfaat yang ditawarkan. Ia asas dan mudah sahaja. Saya umpamakan menyertai plan takaful yang ditawarkan seumpama membeli handset baru. Anda boleh pilih samada untuk membeli Nokia 3310 atau Samsung Galaxy Note 2. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama namun berbeza harga dan manfaat yang ditawarkan.

Oleh kerana masyarakat malaysia ini di selebungi kesopanan yang tinggi, ungkapan “saya nak fikir dulu’ diberikan sebab lebih berlapik dan tidak akan mengguris perasaan mana-mana pihak. Tidak ada penyelesaian lain bagi jawapan sebenar ini melainkan anda meningkatkan pendapatan anda ( jika anda tergolong dalam golongan ini ). Jelas sekali, plan takaful yang akan disertai bukan untuk tempoh 1 atau 2 bulan sahaja. Bahkan sehingga 20 ke 30 tahun lamanya. Anda mesti melihat kembali kewangan diri sebelum betul-betul membuat keputusan untuk menyertainya. Jika tidak, anda bakal merugikan wang sendiri dan juga kontrak agent tersebut. Untuk makluman anda, sesetengah syarikat pengendali takaful mengenakan syarat ketat seperti memastikan sumbangan peserta takaful sehingga “85% dari jumlah penyertaan tahunan” kepada agent untuk terus kekal dalam kerjayanya.

Selain itu, “saya nak fikir dulu” ini juga adalah tanda-tanda kepada “saya tak yakin/ tak faham dengan penjelasan anda “. Ya. Kadang-kadang saya juga perasan ada prospek yang meberikan jawapan kerana penjelasan yang diberikan tidak memuaskan prospek.Oh ya! Pernah anda berikan jawapan ini ? Saya dulu pernah ( waktu sebelum jadi agent ). Ada sebahagian penjelasan yang tidak memuaskan dan meyakinkan. Jadi untuk tidak mengguriskan perasaan, ungkapan ‘saya nak fikir dulu’ digunakan.

Apa Penyelesaiannya ?

Jika anda menghadapi kekangan bajet, lihat kembali kewangan diri anda. Jika boleh, berterus terang dan minta pendapat dari agent. Ramai agent di luar sana mempunyai ilmu perancangan kewangan. Mereka ini bukan sekadar mengejar komisen, tapi anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat kewangan percuma dari mereka. Dan saya yakin, jika anda benar-benar tidak mampu, mereka tidak akan memaksa anda sertai plan yang ditawarkan. Sebaliknya akan mencadangkan beberapa jalan keluar lain. Antaranya seperti mula mencari pendapatan tambahan dengan menjadi agent atau lain-lain lagi. Selalu sangat terjadi kes agent mendesak prospek mengambil plan yang ditawarkan oleh kerana salah faham maksud sebenar ungkapan yang diberikan.

Lain pula untuk penerangan yang tak memuaskan. Anda mesti seboleh yang mungkin bertanyakan apa sahaja yang tidak faham. Kalaupun anda lupa, anda mempunyai banyak masa untuk melihat polisi yang diberikan tempoh bertenang dan mulakan pencarian maklumat lebih dari pelbagai sumber.

Kesimpulannya, anda harus berterus terang. Tak perlu untuk menyelindungkan jawapan sebenar. Masing-masing akan mendapat situasi menang menang

Ps : Anda ada “jawapan sebenar” yang lain ? Kalau ya, boleh kongsi di ruangan komen.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *