Perlukah PostMortem Untuk Claim Kematian?

Salah satu perkara yang merisaukan orang islam untuk menyertai insurans/takaful ini ialah tuntutan post mortem atau bedah siasat mayat. Betul tak?

Sepanjang 2 tahun saya menjadi agent takaful, soalan ini jarang ditanya orang. Semasa saya menulis artikel ini, baru dua orang yang tanyakan saya. Dan selama tempoh ini juga, saya masih belum ada client yang sudah meninggal dunia.

Jadi bagaimana saya boleh menjawab persoalan ini?

Ok. Sebenarnya tak perlu pun post mortem atau bedah siasat mayat ini seperti yang digembar gemburkan. Asalkan ada bukti-bukti kematian yang memuaskan,sudah cukup untuk membuat tuntutan pampasan kematian. Perkara ini ada dinyatakan dalam sijil takaful PruBSN Takaful. Bahkan post mortem atau bedah siasat ini hanya akan dilakukan dengan keizinan pihak keluarga. Dalam Islam, post mortem atau bedah siasat ini haram melainkan dalam keadaan dharurat ( untuk mendapat bukti kes jenayah, menyelamatkan bayi hidup atau tujuan perubatan ) .

Untuk makluman lanjut, anda boleh dapatkan kepastian dari agent syarikat pengendali takaful masing-masing berkenaan hal ini atau terus menghubungi pihak syarikat. Apa yang saya boleh sarankan ialah rujuk semula sijil takaful atau polisi insurans yang anda miliki.

Tak faham terma-terma dalam polisi takaful? Haah. Saya boleh tolong jelaskan. Kalau anda ada sekitar lembah kelang, cukup saja satu teh ais sebagai pengeras..hehe.. tapi kalau duduk jauh, anda boleh hubungi saya melalui fb atau whatssap.

Ps : kesilapan ramai ialah tidak pernah buka polisi selepas mendaftar.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *