3 Sebab Berbaloi Beli Buku "How To Make Money in Stocks"

Perhatian ! Ulasan ini semata-mata untuk membantu mereka yang mahu berjinak dengan pelaburan saham. Terutama kepada mereka yang terus terjun membuta dalam pasaran saham. Jika anda seorang sudah biasa dengan pasaran saham, perkongsian & tunjuk ajar dialu-alukan.

Sebagai seorang yang meminati bidang kewangan, saya juga tak terlepas dari berjinak-jinak dalam pasaran saham. Sebelum saya membeli buku “How To Make Money in Stocks” oleh Alan Tan ini, saya pernah beli buku yang berkaitan sebelumnya. Dan, saya juga pernah melibatkan diri dengan urusan jual beli & melabur di dalam pasaran saham. Ada yang untung, ada yang rugi dan ada juga yang saya biarkan sehingga sekarang untuk menikmati dividen. Semuanya saya buat tanpa ada ilmu pengetahuan yang kukuh.

Jika anda inginkan keuntungan segera, jual beli saham memang menguntungkan. Anda boleh jadi seorang TRADER.

Jika anda inginkan keuntungan jangka panjang, melabur dalam saham memang berbaloi. Anda boleh jadi seorang Investor & Shareholder.

Memang menyeronokkan kalau untung. Kalau rugi, hahaha… Sendiri kena sendiri rasa.

how to make money in stocks alan tan
how to make money in stocks by alan tan

Ok. Berbalik kepada buku “How To Make Money in Stocks”, saya rekomenkan anda beli satu. Kenapa ? Pada saya inilah 3 sebab kenapa berbaloi untuk anda pergi ke MPH dan cari buku How To Make Money in Stocks” oleh Alan Tan ni.

  • “How To Make Money in Stocks” Memang Praktikal 

Kebanyakan buku berkaitan saham yang diterbitkan di pasaran lebih kepada pasaran luar atau umum. Jadi, buku ini adalah pilihan terbaik kerana penulis menulis sebagai seorang pelabur dan trader aktif yang mengkhususkan kepada pasaran tempatan. Pasaran saham Malaysia. Bahkan, ada perkara-perkara teknikal yang boleh dipraktikkan terus. Sebelum ini saya memang kabur tentang cara nak membaca graf dan carta. Syukur, penulis ada menyentuhnya walaupun sekadar asas. Kefahaman asas ini pasti membantu sesiapa sahaja untuk terus mencari maklumat yang lebih terperinci di luar sana.  Bahkan pembaca pasti suka dengan pendedahan teknik-teknik lain oleh pakar-pakar yang ditemu ramah.

how to make money in stocks by alan tan
how to make money in stocks by alan tan
  • “How To Make Money in Stocks” ada Ulasan pakar 

Inilah yang paling saya suka. Setelah teori dan perkara teknikal diterangkan dalam bab-bab khusus, penulis melampirkan hasil temuramah dengan setiap pakar dari pelbagai posisi. Ada temuramah dari active trader, penulis buku kewangan, pengurus dana, speaker kewangan, broker dan pengasas syarikat. Isi temuramah ni memang sangat menarik.  Dari hasil temuramah, saya dapat melihat pandangan mereka dari sudut yang berbeza. Apa guna pandangan-pandangan mereka ini ? Haaaa…cuba anda bayangkan jika anda ada 10 orang guru. Walapun soalan sama diajukan pada sang guru ini, pasti jawapan mereka ada yang sama dan berbeza. Dengan jawapan inilah anda boleh melihat sesuatu topik dengan lebih meluas. Kata orang, melihat di luar kotak.

  • “How To Make Money in Stocks” Guna Gaya Bahasa Yang Mudah 

Buku ini ditulis dalam bahasa omputih. Haaa..kalau anda ada masalah bahasa, jangan risau. Gaya bahasa dan olahan taklah susah sangat. Dulu masa saya mula baca buku omputih memang merangkak-rangkak. Terpaksa pegang sebatang pen dan kamus bersama. Lama kelamaan, dah tak menjadi masalah sangat. Memang kadang-kadang ada perkataan yang tak tau makna. Tapi takkan menyebabkan anda terus hilang arah dan tak faham. Apa yang paling penting, saya sudahkan pembacaan buku ni dalam masa 4 hari saja. Mungkin sebab perkara-perkara teknikalnya saya pernah lalui dalam hidup sebenar.

Cuma, saya ingin mencadangkan setiap penulis di Malaysia ini untuk mewujudkan 1 fan page sendiri di Facebook ( khusus untuk buku yang ditulis ). Selain dari membina “jenama” diri, para pembaca tentu lebih mudah untuk berinteraksi dengan penulis. Penulis pula dapat membina jaringan peminat sendiri. Win-win situation.

Ps : Saya beli terus dari penulis Alan Tan di FB. Hehe. Jimat kos pengangkutan & parking. Malahan penulis menawarkan “free shipping” masa tu.

Share on Facebook

Comments

  1. Terima kasih. Saya memang tercari-cari ulasan buku ni sebab tengah ada promo. Takut isi buku yg dibeli tidak sesuai dengan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *