1 Insurans Untuk 1 Kereta, Untuk Keluarga ?

insurans keluarga

Sekarang ramai yang dah mula prihatin tentang keperluan takaful ( termasuk kad perubatan ). Antara faktor-faktor yang menjadikan kad perubatan penting  ialah kos sara hidup yang meningkat, tekanan tempat kerja, tabiat pemakanan yang kurang sihat & teratur, kurang senaman, gaya hidup yang tidak sihat, kos rawatan perubatan yang mahal dan lain-lain lagi yang diluar fikiran. Semua ini mendorong kepada keperluan kad perubatan & plan takaful yang komprehensif.

Namun, masih ada beberapa mitos yang masih tidak jelas bagi sebahagian yang lain. Mereka tahu insurans/ takaful itu penting tetapi salah membuat pertimbangan sewajarnya.

Satu contoh yang paling ketara ialah tentang pemilihan pakej takaful keluarga. Di pasaran hari ini, ada 2 jenis plan takaful yang ditawarkan kebanyakan pengendali takaful. Plan takaful keluarga ( individu ) & plan takaful keluarga ( kelompok ). Kedua-duanya mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing.

Pakej Takaful Keluarga ( individu )
Plan ini direka khusus untuk memenuhi keperluan individu secara peribadi. Maksudnya plan ini mengkhususkan keperluan dan kehendak diri peserta tersebut. Setelah mengambilkira keperluan peribadi dipenuhi, plan ini boleh digabungkan bersama-sama plan individu lain ( ahli keluarga ) dalam keluarga tersebut.

Setiap ahli keluarga mempunyai keperluan & kehendak berbeza. Sebab itu plan ini direka sebegini rupa. Sebagai contoh, jumlah pampasan kematian ( RM10k atau RM100k atau RM 1 juta ) yang tinggi adalah perlu bagi seorang ketua keluarga. Rasionalnya amaun pampasan ini berupaya menangung keperluan keluarga selaras dengan tanggungjawab seorang ketua keluarga. Sebaliknya amaun pampasan kematian yang kecil lebih sesuai untuk seorang bayi.

Begitu juga lah dalam membuat pemilihan pakej kad perubatan. Bagi seorang ayah, mungkin tidak perlu untuk mengambil pakej kad perubatan yang tinggi dibandingkan keperluan bagi seorang bayi yang baru lahir. Alasan munasabah ialah seorang dewasa mempunyai tahap imun yang lebih kuat dan kurang berisiko berbanding seorang bayi yang baru lahir.

Lain-lain ciri yang ada dalam pakej ini seperti :

  1. plan berkaitan pelaburan ( menjanjikan nilai tunai/simpanan )
  2. rider-rider/ manfaat tambahan boleh ditambah atau digugurkan mengikut keperluan semasa
  3. tempoh masa yang lebih panjang

Walaubagaimanapun, pakej sebegini lebih mahal berbanding pakej takaful keluarga ( kelompok ).

Pakej takaful keluarga ( kelompok )
Selain dari kelebihan harga yang lebih murah, plan ini pada saya tidak mempunyai tarikan manfaat yang menarik.

Sebab…semuanya telah dipakejkan sekaligus tanpa mengambilkira keperluan tertentu ahli keluarga. Lagipun pakejnya hanya tertakluk kepada tempoh masa yang sangat singkat ( setahun sahaja ) & kemudiannya bergantung kepada pengendali takaful untuk membuat pembaharuan polisi. Salah satu prinsip insurans/ takaful ialah tidak akan melindungi penyakit sedia ada peserta. Jadi, bayangkan jika anda telah menghidapi penyakit pada tahun 2013. Apabila masuk 2014, plan anda tersebut perlu diperbaharui. Oleh kerana faktor usia, anda membuat pilihan untuk mencari plan yang serupa dari syarikat lain pada kadar sumbangan yang lebih murah. Risiko yang bakal anda hadapi kelak ialah penyakit sedia ada tidak lagi dilindungi.

Bukan sahaja tidak dilindungi, andaikata anda sekeluarga tidak membuat tuntutan pada tahun semasa ( tak sakit & tak claim ), duit sumbangan bulanan anda tersebut akan hangus begitu sahaja. Walaubagaimanapun, plan ini masih membantu sekiranya anda atau ahli keluarga pernah mempunyai sejarah penyakit . Pengunderwraitan ( proses meluluskan ) dalam pakej ini lebih mudah dan longgar berbanding pakej takaful keluarga ( individu ).

Nasihat saya. Jika anda mampu untuk memperuntukkan sekurang-kurangya RM100/individu setiap bulan, anda boleh mempertimbangkan plan takaful keluarga ( individu ).

Namun jika tidak mampu, anda masih boleh memilih plan takaful keluarga ( kelompok ).

Ps : Anda lebih tahu keperluan dan kemampuan sendiri. Dapatkan info yang betul dan buatlah pertimbangan sewajarnya.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *