Prof Muhaya & Isu Harga Barang Naik

Prof Muhaya & Harga BarangBaru-baru ni hangat diperbahaskan dalam media sosial tentang prof muhaya dan isu harga barang naik.

Ramai yang tidak bersetuju dengan saranan beliau yang seolah-olah meredhai tindakan kerajaan menaikkan harga dan ada juga yang bersetuju apabila melihatkan posisi dan idea positifnya. Jelas sekali pandangan beliau hanyalah sebagai seorang motivator tanpa terikat dengan politik kepartian, keresahan rakyat bawahan mahupun kepedulian cendekiawan.

Dalam artikel ini, saya bukan ingin berdebat siapa betul atau salah. Namun saya memilih untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh.

 

Tahun 2014 dikatakan tahun yang mencabar. Rasional mudahnya kerana semua tindakan kerajaan yang memotong subsidi, mengenakan cukai menyeluruh dan menaikkan harga tertentu.semua tindakan ini pasti akan memberi bebanan kepada kos sara hidup. Betul kan?

Jadi sebagai orang biasa, apa yang boleh kita lakukan?

Jawapannya hanya ada 2 cara saja. Pertama ialah merungut. Kedua ialah mencari jalan penyelesaian. Cara pertama pasti tak berkesan. Hanya cara kedua boleh kita guna untuk menghadapi semua cabaran ini. Jadi apakah caranya?

Di sini saya cadangkan beberapa cara untuk dipertimbangkan bersama :

Kaedah berjimat cermat. Cara ini ialah cara yang paling mudah. Anda boleh pilih untuk memotong segala perbelanjaan yang tak perlu. Atau mengurangkan serba sedikit gayahidup sedia ada. Apa penjimatan yang boleh dilakukan :

1) bangun pagi :
– jimatkan penggunaan guna air. Usahakan diri untuk kekalkan penggunaan di bawah tahap minima (200 l di selangor). Mungkin ada harapan dapat air percuma. Jimat RM20
– breakfast dengan roti je. Tak perlu nasi lemak. Menggemukkan. Jimat RM2
– minum? Air suam boleh. Jimat lagi RM2

2) pergi kerja :
– downgrade pengangkutan. Kalau sebelum ni naik kereta, tukar kepada motor. Lebih jimat.
– untuk pengguna pengangkutan awam, gunakan kad touch n go untuk rebate
– kalau ofis dekat, naik basikal je. Geng nepal boleh pun. Takkan kita tak boleh ? ( kalau dekat le )

3) waktu kerja :
– kerja betul-betul. Kuat berusaha. Mungkin boleh naik pangkat. Sama juga untuk yang berniaga.
– caj la handphone kat ofis. Jimat elektrik sikit
– puasa hari- hari bagus. Tapi kalau tak mampu, beli nasi dan makan kat ofis je. Air? Air suam le. Jimat belanja tengahhari RM2-10
– rancang perjalanan bagi mereka yang ofisnya di atas jalan raya.

4) waktu malam :
– lebih baik hentikan terus langganan astro. Duit tu gunakan untuk beli buku. Lagi bagus. Jimat RM135. Kalau tak mampu, rendahkan pada tahap minima langganan je.
– lebih banyak duduk di surau. Isikan masa di tempat percuma macam ni yang tentunya lebih baik.
– tidur awal.

5) hujung minggu :
– kurangkan aktiviti luar yang menggunakan duit. Tak payah tengok wayang
– baju basuh sendiri. Guna tangan lagi yakin. Jimat letrik

Semua kaedah penjimatan ni memang nampak tak best. Dan bagi mereka yang memang dah praktikkan sebelum ni, tak ada jalan lain melainkan terpaksa meningkatkan produktiviti dengan mencari pendapatan sampingan.

 

Jadi apa caranya?.Fikirkan apa saja cara yang ada untuk mendapatkan pendapatan lebih. Samada kerja lebih masa, atau meningkatkan kualiti kerja sedia ada. Bagi yang kerja makan gaji, anda terpaksa mencari pendapatan sampingan. bagi yang berniaga pula atau kerja sendiri, anda mesti meningkatkan kualiti dan tahap kecekapan yang lebih tinggi. Saya senaraikan pula cadangan cara meningkatkan pendapatan :

1) cari overtime kalau ada ( untuk makan gaji )

2) cek minat anda. Apa yang selalu anda suka lakukan. Jadikannya kepada duit. Contohnya minat membaca. Jadi cuba semak peluang untuk jadi proofreader berbayar. Mesti ada punya. Minat menonton movie? Carilah cara buat duit dengan menonton movie kat internet

3) cek bakat sedia ada. Kalau pandai main bola, offerkan diri untuk menganjurkan pertandingan. Boleh untung kalau kena gaya. Pandai mengurut? Ehemmm…

4) kalau tak tau apa -apa, belajar cara orang lain buat duit. Sekarang ada orang boleh buat duit dengan meniaga di pasar malam, jual air jambu tepi jalan, jual burger waktu malam, jual insurans waktu lapang, jual barangan buangan di dalam talian ( internet ) ataupun jadi orang tengah untuk kes membekal barangan keperluan.

5) semua tak boleh nak buat? Kalau macam tu kena pilih cara pertama semula iaitu berjimat cermat.

Cara terakhir sekali yang boleh dilakukan ialah…jeng jeng jeng….cara yang terakhir ni ambil masa lama untuk berjaya. Kemungkinan gagal tinggi. Caranya ialah anda pilih lah untuk membalas dendam dalam pilihanraya akan datang…hehehe

Harap jangan tertekan…

Ps : berikan peluang kepada diri anda untuk menambahkan pendapatan sekurang-kurangnya RM200/bulan ( dapat sehingga 6 tahun ) dengan perniagaan takaful. Nak tahu caranya? Hubungi saya.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *