Bebas Kewangan = Pendapatan Pasif > Perbelanjaan

Saya Nak Financial Freedom ( Bebas Masalah Kewangan ). Bagaimana ?

Kerja la kuat-kuat. Bagi dapat income lebat, BETUL !!!.

Tapi, ada cara lain lagi ke?

Caranya ialah jadikan pendapatan pasif > perbelanjaan.

Apa tu?
Pendapatan pasif ialah pendapatan yang tak perlukan anda berada di tempat kerja ataupun jika perlu sekalipun cuma minima sahaja. Waktu tidur pun, duit masuk. Itu pendapatan pasif.

Berbeza dengan pendapatan aktif. Tak datang kerja sehari, boleh le makan gaji buta. Kalau tak datang sebulan, mau kena humban.

Kenapa Bebas Kewangan = Pendapatan Pasif > Perbelanjaan?

Katakan la belanja bulanan anda termasuk hutang dan simpanan ialah RM5500. Jadi, anda perlu bina pendapatan pasif melebih RM5500 ini untuk tidur lena siang dan malam. Tau-tau, duit masuk cukup untuk belanja hidup.

 

 

Tapi bagaimana nak bina pendapatan pasif ini?

 

Banyak cara. Cara menggunakan MODAL dan TANPA MODAL..

Pendapatan Pasif Melalui MODAL
Pernah dengan orang melabur dan dan dapat dividen. Dividen tu salah satu pendapatan pasif. Beli rumah, sewakan dan lebihan sewa itu juga pendapatan pasif. Untuk membina pendapatan pasif melalui modal ni, nak tak nak kenalah ada modal. Modal nak beli property. Nak beli unit saham. Nak buka perniagaan.

Pendapatan Pasif Melalui TANPA MODAL
Yang ini tak perlu modal atau modal kecil sahaja. Contohnya hak intelek atau royalti dari menulis buku. Hasilnya akan dapat pada bila-bila masa walaupun sedang melabur di bilik termenung. Cipta apps, software dan lain-lain lagi yang tak perlukan modal besar. Inilah caranya.

Jika akhirnya pendapatan pasif ini lebih banyak dari perbelanjaan, tentulah anda sudah bebas kewangan.

Ok. Di sini saya nak kongsikan lag

 

i 1 cara mudah untuk bina pendapatan pasif TANPA MODAL.

Di AIA, ada satu produk takaful yang menawarkan komisen ( pendapatan ) seumur hidup ( selagi customer bayar ). Bukan lagi 6 tahun komisen . Tapi seumur hidup. Kos lebih rendah, usaha minimal dan pendapatan berterusan seumur hidup.

Jika komisen 10%, dan perbelanjaan anda ialah RM5500 sebulan. Sudah tentu anda perlu mengumpulkan jumlah bayaran/caruman pelanggan sehingga RM55,000 dalam tempoh masa yang anda sendiri tentukan. Lagi cepat berusaha, lagi dekat dengan matlamat bebas kewangan.

Bagaimana nak dapatkan pelanggan sehingga caruman RM55,000 ? Jom ngeteh. Tak susah tapi takde le mudah.

Share on Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *