PruBSN Ummah

PruBSN Ummah

Rancanglah masa hadapan, Kukuhkan keperluan rohani – Setiap masa, untuk Semua

SIMPANAN, PERLINDUNGAN DAN MEMENUHI KEPERLUAN ROHANIAH – SEMUANYA DALAM SATU

Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti :

  • Elaun Haji
  • Badal Haji
  • Manfaat Takaful Berganda
  • Penulisan Wasiat Islam.

Kini, PruBSN Ummah yang telah dinaik taraf menawarkan manfaat-manfaat pilihan tambahan seperti Double Takaful Plus, Ummah Saver dan rider-rider Contributor. Pelan ini juga ditawarkan untuk anak anda seawal umur 1 tahun. Ianya memberi anda pilihan untuk membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat dan mendapat perlindungan yang lebih luas dan lebih baik untuk anda dan orang yang tersayang.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda dan orang tersayang tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.

Sepintas lalu apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan

  • Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda
  • Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji.
  • Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver.
  • Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau Umrah.

Dapatkan Perlindungan Meluas

  • Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Badal Haji sebagai tambahan kepada perlindungan asas anda.
  • Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus.
  • Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal.
  • Memastikan perlindungan berterusan dengan pelbagai rider Contributor.
  • Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun.

Penuhi Keperluan Rohaniah

  • Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Haji Badal.
  • Menjaga keperluan keluarga anda di rumah.
  • Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam.

Fakta-fakta penting:

  1. Perbelanjaan Haji yang Tinggi –Perbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut.  (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)
  2. Kepentingan Memiliki Wasiat- Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengah- lengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya.”(Sahih Bukhari)
  3. Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal- 60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan.(WHO, 2009)

Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?

Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:

  • umur anda ( lagi muda,lagi rendah sumbangan )
  • jumlah dan terma perlindungan anda ( semakin besar jumlah perlindungan, semakin tinggi jumlah sumbangan )
  • status kesihatan anda ( sumbangan lebih rendah untuk mereka yang tidak merokok )
  • jantina anda ( sumbangan lebih rendah untuk wanita berbanding lelaki )
  • kaedah pembayaran anda ( Jimat RM12/setahun dengan sumbangan melalui kad kredit atau potongan bank )
  • kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun ( sumbangan setahun sekaligus lebih rendah berbanding sumbangan bulanan )

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan ini, anda boleh terus menghubungi saya samada melalui:

  • SMS & Phone( 017-329 3028 )
  • eMail
  • Borang Contact Form di sini
  • Borang Quotation di sini ( lihat sebelah kanan )
  • Facebook ( lihat sebelah kanan )
  • Twitter ( lihat sebelah kanan )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *