Hehehe..ini mungkin permulaan pertama ana. Dah hampir 3 tahun dalam internet, tak pernah terniat untuk ada blog sendiri. Secara rasminya hari ni ana dah beli blog sendiri. Alhamdulillah. Bukan nak kata azam baru, tapi macam azam baru jugak le. Planning ni terniat 27 September lalu. Maksudnya dah genap umur ana 23tahun ( ntah,genap ke ganjil ).
Apa yang ana nak tulis kat sini, ialah apa sahaja yang ada kaita dengan kehidupan ana sendiri. Ala-ala diari le kot. Bukan ape, untuk rujukan masa depan. Mungkin boleh jadi renungan atau perkongsian pada keturunan ana nanti. Kalau yang secret2 tu, xde le nak kongsi kat sini. Ok..setakat tu je dulu. Ana nak buat keje lain plak.
Hari ni dalam sejarah:
- Domain dan hosting dibeli dari Netkl.com. Harga RM54/tahun. Guna kupon diskaun 10%
(image:panduanbeliebook.com)
- Ada masalah masa mula-mula nak set theme blog ni. Mujur solusi tu ada kat sini http://justepri.web.id/mengatasi-http-error-saat-me-request-api-di-wordpress
- Mata kiri semakin blur…Ini mesti kes mengadap laptop lama sangat
Leave a Reply