Lesen L Untuk B/B2

Hujung minggu yang meletihkan tapi seronok. Hehe.. Hari ni seperti yang di”rancang”kan, selesai 1 perkara penting yang sepatutnye ana setelkan 2 tahun lalu. Apa tu? Ohoho..lesen untuk motor le. Hampir selama 2 tahun menunggang tanpa lesen motor ( lesen keta polis tak kira..alahai ). So, hari ni bengkel untuk mendapat lesen L dah setel.

Metro Driving Kg Melayu SubangAna cuma tambah kelas lesen je. Sebab sebelum ni dah ada lesen kereta dah. Dah competent ( chewwaaaahh..walhal keras jugak tangan bila pegang stereng keta ni ). Almaklum le takde keta. So, kuliah 3 jam tadi takde apa yang baru sangat. Attend kelas tu kat kampung melayu subang. Dekat pulak dengan rumah paklong lan ( rumah sewa ). Instructor datang amek jam 8.40 pagi. Nama dia Abg Din..Kira ok le abg ni. Takde le boring sangat nak menyembang tadi. Selepas kelas 3 jam tadah telinga, baru turun litar untuk test -test je le. Tak de le susah sangat cuma motor ni cerewet skit dari kereta. Kalau kereta , atas litar cuma 3 je benda kena buat. Naik bukit, masuk parking dan buat pusingan yang macam u tu. Motor ni leceh..Nak kena buat pusingan 8 le, naik jambatan le, pusing-pusing kon tu satu hal, nak brek kecemasan ( hehehe…ni memang expert sebab brek kaki motor tak berapa makan )…pastu ada le tambahan-tambahan lain yang macam dah terlupa. InsyaAllah kalau pi latih selalu, kompem tak terlupa.

Itu pasal lesen. Tentang pembelajaran Mandarin plak, adoiii…tak sempat nak belajar betul-betul. Balik memang letih. Tapi sempat le perhatikan sesuatu yang baru hari ni. Macam yang ana tulis sebelum ni, karakter tulisan china ni lebih kepada simbol dan bentuk. Contoh nye….alahai susah nak letak contoh kat sini. Nanti le letakkan. Nak download apps touch pen ( apps iphone ) dulu. Senang nak letak imej tu kat sini.

Kalau ikut level dalam pembelajaran bahasa cina ni, ada banyak level. Boleh kuasai level beginner 3 pun ok le untuk 6 bulan terdekat ni. Itu dah kira boleh faham apa yang orang cina cakap. Hehehe

Itu je la serba sikit tentang hari ini.

Update MISI GAGAL :

  • research CPA : tergendala
  • plan minggu ini Reseller : tergendala

Comments

  1. KNAPA NK AMBK LESEN MTOR? LESEN KETE KN DH ADA. BWK KETE LA SAFE SKIT DR MTOR.

  2. Nak pergi kerja susah dengan kereta. SESAK…lagipun maintenance kereta ni lebih mahal berbanding dgn motor. 🙂
    Ps: belum terdesak untuk miliki kereta

  3. Motor buleh wat wheelie.Keta mane leh -,-

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.