Hehehe..ni antara azam dalam hidup. Nak belajar dan kuasai Bahasa Mandarin ( walhal BI pun tak cekap lansung..hoho ). Seronok tonton drama, movie-movie dari negara China ni. Hong Kong pun termasuk jugak le.
Jadi malam ni bermula le satu lagi episod baru dalam hidup ni. Puas jugak mencari info-info tentang mandarin ni. Kalau dalam bahasa melayu, confirm susah nak jumpa. Kalau ada pun , tak sampai maksudnye. Versi indonesia banyak. Waduh-waduh…Itu le, kata nak jadi Negara Maju. Tahap celik IT kat dalam negara ni jauh ketinggalan berbanding negara-negara mundur lain.Oppsss…celoteh plak kat sini.
Untuk permulaan ni, insyaAllah ana ingat nak belajar sendiri dulu. Belajar yang basic je. At least, ada sedikit pemahaman tentang bahasa Mandarin ni. Salah satu bahasa yang digunakan oleh 1/5 penduduk dunia. Wowooo…Hebat tu..Nak belajar melalui kelas, kena tebal skit poket. Tapi poket buat masa ni tak mengizinkan. Tak sempat nak agih…hehe
Pelajaran permulaan hari ni berkaitan dengan karakter tulisan China. Rupa-rupanya :
- Tulisan cina banyak bersandarkan dari bentuk alam persekitaran.
- Tulisan sekarang (modern ) ada perbezaan dengan tulisan lama ( traditional )
- Ada lebih dari 50 000 karakter tulisan cina ni..wooooo..Orang kebiasaannya hanya menggunakan tak sampai 100 karakter sahaja sehari. Dan untuk graduasi ,hanya tak lebih dari 2000 karakter je..
- Cara pembelajaran PinYin tu adalah cara yang digunakan supaya foreigner dapat belajar bahasa cina ni. Sebabnya bahasa cina bukan berdasarkan konsonent dan vokal. Aiseh susah nak terang. Contoh macam perkataan untuk “person”…”P+E+R+S+O+N” .ada 5 patah kata dan perkataan tersebut mewakili bunyi bagi person. Dalam bahasa cina, ia hanya gunakan simbol untuk perkataan person tu. Tak caye….
InsyaAllah, banyak lagi nak kena belajar ni.. Ini le kelebihan internet. Mudah untuk mendapatkan ilmu baru..hehe
aya orang cina.
saya suggest kamu belajar traditional script dulu sebab semua traditional script ada logiknya tapi tk semua simplified character logik. jadi traditional punya lebih senang nak ingat & simplified lebih mudah nak tulis.
tapi lepas master any type of script (traditinal/ simplified) & nk belajar another script hanya perlu 1 bulan aje. itu pun tk payah belajar sepanjang hari, hanya perlu beri perhatian pada subtitle tv utk 1 bulan aje.
kalau nak feedback leh email ze-kai@homail.com
Yups..setuju.. 🙂 Boleh ajar?
pandang pertama