Sebelum ni, ana pernah menulis 1 artikel tentang kisah pajak emas dan teori untung rugi dalam teknik gadaian tersebut.
Fakta Gadaian :
- Gadai emas bar PG 70 gram di Bank Rakyat
- Nilai marhun ialah RM8198.61
- Nilai pinjaman ialah RM5320
- Kos simpan ialah RM371.97 selama 6 bulan ( RM62/sebulan )
- Gadaian untuk tempoh masa selama 6 bulan
Hari selasa lepas (3/11/09), ana pergi tebus semula emas dari Bank Rakyat.Emas tu ana gadai pada 13/7/09 ( hari isnin ). Tempoh masa dari gadaian dan penebusan semula lebih kurang 3 bulan 16 hari.
Fakta Tebus Semula :
- tebus dalam masa 3 bulan lebih
- Kos simpanan ialah RM228.
- Harga emas bank rakyat pada masa tersebut ialah RM137/gram untuk emas 999
Mujur ada duit lebih sikit. Itu yang pergi tebus semula. Cuma terkilan sedikit, sebab apa yang ana kira dan andaikan agak meleset. Caj dikira berdasarkan hari ( andaian ana ) sebab kiraan RM62/bulan tak dikira dalam kes ini. Aiyoooo…Jadi ana terpaksa tebus semula dengan RM5548.
Berdasarkan teori gadai emas yang ana tulis dulu, sebenarnya boleh pakai walaupun kurang tepat..Hehehe.. Memang untung dah sebenarnya. Setelah dibuat kiraan, ana telah berjaya jual emas 70 gram tersebut pada harga RM124.30/gram. Harga ketika gadai ialah RM117/gram. Emas tersebut ana beli pada harga RM111.70 /gram.
Fakta Jual Beli :
- beli pada bulan 5 ( harga RM111.70/gram )
- gadai pada bulan 7 ( harga RM117/gram )
- tebus pada bulan 11 ( harga emas Bank Rakyat RM137/gram )
- jual pada orang perseorangan ( harga RM124.30/gram )
Setelah ditebus emas dari Bank Rakyat, ana memang bercadang untuk jual terus. Pada mulanya niat nak gadai semula. Tetapi :
- Bank Rakyat tidak lagi menerima emas bar untuk gadaian. Agro bank pun macam tu jugak
- Ar-Rahnu ada sediakan tetapi servis mereka mengenakan caj RM0.95 ( Bank Rakyat cuma RM 0.75 ). Kadar pinjaman pula cuma sehingga 60% sahaja.
Niat nak guna duit segera terbantut sebab kes macam tu. So, ana amek keputusan untuk jual emas yang ana pegang dan beli Kijang Emas dari Maybank. Rasionalnya Kijang emas masih diterima oleh Bank Rakyat asalkan :
- risiko calar ditanggung oleh penggadai
- Kijang emas yang nak digadai mesti disertakan resit sekali. Resit tu plak mesti nyatakan butiran terperinci tentang hubungan penggadai dan kijang emas tersebut.
So, ana pi jual emas 70 gram tu le. Ana jual pada harga RM8700. Hehe..Harga ni masih murah sebenarnya. Kalau ikut harga pasaran waktu jualan,ana jual pada diskaun RM480 tau. So, memang beruntung le orang yang beli emas tu dari ana waktu tu. ana let go je emas 70gram tu sebab ada kepetingan lain. Dari nilai RM8700 tu, ana amek keputusan untuk :
- Beli kijang emas 1oz ( 2 ketul ) dan 1/oz ( 1 ketul) dari Maybank. Nilai belian ialah RM8751. Emas dah mahal time tu. Kalau beli kat PG, lagi le mahal. Lagipun orang bank rakyat cakap, kijang emas ni boleh dapat ukuran ketulenan 999.99 berbanding PG waktu proses nak gadai. Ikut je le
- Kijang tadi ( 69.99 gram ) akan digadai semula pada harga emas USD 1091/oz dan ke atas. Harga terkini ialah USD$1096/oz. So, nanti nilai gadaian pun akan tinggi. Duit gadaian akan digunakan untuk membeli kijang lagi.
Kesimpulannya, dengan teknik ni ana boleh memaksimakan simpanan emas dan dalam masa yang sama boleh gunakan duit untuk keperluan lain.
- So, ana akan pergi gadai pada esok hari le. Mudah-mudahan emas pada esok hari ialah USD$1100/oz. Kalau begitu, ana boleh pinjam sehingga RM140/gram..Nilai pinjaman tadi boleh beli kijang waktu harga yang murah dan baki pinjaman boleh digunakan untuk beli barang-barang keprluan lain.
Kelebihan teknik :
- membeli emas semaksima mungkin pada harga terkini. Jangkaan emas akan meningkat lagi setelah Bank India membeli 200 tan emas dari IMF.
- mendapat duit pinjaman untuk digunakan ke atas keperluan lain-lain. Kos simpanan tu sebenarnya boleh ditampung memandangkan kenaikan harga emas lebih tinggi dari peratusan kos simpanan. Tak percaya ? nanti ana buat kira-kira.
- memiliki kijang emas yang sememangnya berkualiti tinggi. Bagi ana ini cara menyimpan yang lebih efektif. Walaupun terpaksa meminjam, emas yang digadai boleh dianggap simpanan.
Keburukan teknik :
- risiko kijang emas calar. JIka calar,Maybank takkan terima semula. Huhu..Tapi tak kisah, sebenarnya kijang emas ni ada peminat sendiri. Boleh jual kat diorang.
- harga emas turun. Erm…susah nak cakap. Sebab berdasarkan trend, hari-hari emas jatuh ni lebih rendah berbanding hari-hari emas naik. Lagipun semalam, Datuk Salleh Majid ada cakap yang IMF akan menjual lagi 200tan emas tak lama lagi. Ini memang indikator untuk emas terus naik.
Hehe…menyimpan dalam emas adalah alternatif terbaik berbanding Unit trust dan ASB. Bersih dan memerlukan sedikit kemahiran sahaja.
tolong send pada saya formula pengiraan pajak gadai di bank Rakyat atau ar-rahnu..dgn bermodalkan RM20,000