Dah lama terniat nak mencatit serba sedikit tentang hal gadaian kijang emas ni. Cuma sifat malas dan terkekang oleh masa yang sendiri terhadkan. Itu yang jadi lambat nak diarikan hal ini.
Sebelum ni, ana pernah gadai emas. Gadaian tu pada bulan 7 lepas di Bank Rakyat Jalan Tangsi. Artikel tentang 1st time jadi penggadai boleh dibaca dari artikel ini “Kisah Gadai Emas Di Bank Rakyat”. Gadaian kali ini adalah gadaian kali kedua le. Itupun setelah ana tebus emas yang ana gadai kali pertama.
Kali ini, ana tak gadai emas bar ( gold wafer ) PG ( Public Gold ) sebab pihak Bank Rakyat tak terima buat sementara waktu sebarang emas bar untuk pajakan. Alasannya sebab pihak BNM sedang menyiasat kes pajak gadai yang melibatkan gold wafer/bar dengan beberapa skim pelaburan cepat kaya. Itu yang leceh tu. Sekarang, memang semua cawangan Bank Rakyat tidak lagi menerima gadaian emas bar. Solusi terbaik ialah terpaksa cari tempat gadai lain le .
Fakta :
Bank Rakyat untuk tempoh sementara waktu tidak menerima sebarang gadaian dalam bentuk emas bar/wafer. Hanya barang kemas sahaja.
Dari apa yang ana bualkan dengan pegawai bank tersebut, pihak bank masih boleh menerima gadaian Kijang Emas hanya jika syiling tersebut mempunyai resit pembelian dari pihak Maybank. Huhuhu..susah sungguh.
Lepas fikir dan fikir, ana ambil keputusan untuk jual emas bar PG 70 gram yang ana pegang selama 5 bulan tu dengan harga RM 8700 pada seorang kawan. ana jual pada 4/11/09. Keuntungan pula lebih kurang RM12/gram. Kalau ikut harga pasaran, memang sedang melonjak dan ana cuma ambil untung sikit saja dari transaksi tersebut. Asalkan untung saja.
Dari wang tersebut, ana terus ke Maybank Main untuk membeli syiling emas Kijang ( Kijang Emas ) Bank Negara pada harga RM8751 ( 2 ketul 1oz dan 1 ketul 1/4 oz ). Harga memang tengah naik time tu sebab pengaruh dari kegiatan transaksi emas 200 tan dari IMF kepada Bank Pusat India. Huhu..Habis duit… Duit sebanyak tu cuma mampu beli emas 69.99 gram saja. Ikutkan rugi, tapi…hehe ada sikit teknik manipulasi yang boleh kata untung le.
Fakta :
Harga kijang emas lebih murah dari harga emas PG. Tak percaya ? cuba kira dengan cara bahagikan RM jualan dengan berat emas masing-masing. Beza harga lebih kurang RM6/gram. Lagipun Kijang emas lebih establish, kredibiliti, hot item berbanding emas PG.
So, setelah beli kijang emas tadi, ana merancang untuk pajak emas tersebut. Kenapa ? sebab ana nak guna duit. Agak kurang bijak le kalau jual emas yang ada ditangan dan terus guna duit. Lebih baik gadai dan gunakan duit gadaian untuk keperluan diri. Tentang kos simpan, jangan risau sebab harga emas naik dan ia mampu tampung kos simpan. Tak percaya? Untung jual emas 70 gram pg ana tu ialah RM12 x 70 = RM 840.. Sedangkan kos simpan cuma RM 228. So untung le kan. Cuma kena le pastikan duit yang dipinjam tadi digunakan pada jalan yang betul..hehehe
Akhirnya ana berjaya gadai Kijang Emas di Bank Rakyat. Rate baru yang ana dapat ialah 70% . Rate ini khas untuk pemajak sedia ada. Kalau 1st time, cuma 65% sahaja. Ok le tu kan. Kalau pergi ke tempat lain pun, susah nak dapat 65%. Koperasi pun cuma bagi 60-65% je. Mujur kali ini dapat 70%. So banyak le skit yang boleh diguanpakai duit tu nanti.
Fakta Gadai Kes Kijang:
- Jenis emas : Kijang Emas ( 2 1/4 oz )
- Berat emas : 69.99gram. Berat timbangan di Bank Rakyat ialah 70.06gram
- Kijang 1 Oz lebih mudah mendapat ketulinan 24k berbanding berat yang kurang darinya.
- Nilai Marhun ; RM9843.01
- Upah simpan : RM 497.87
Ketika menggadai, ana dapati emas 1/4 oz tak dapat ketulinan 24k menyebabkan kadar emas per gram yang dapat pun rendah. Adooiii… So, kalau nak beli emas nanti, beli le Kijang Emas 1 Oz . Lebih bagus dan memang dicari orang. Dan 1 lagi, yang bestnyer kali ni ialah pegawai bank tu berhati-hati sewaktu menguji berat dan ketulinan kijang emas. Pegawai tersebut tidak menggunakan besi penyepit sebaliknya menggunakan tangan beliau sendiri. Wooo…Wa respect le lu. Bagus !!! Cara tersebut dapat elakkan dari kijang tercalar. Kijang yang tercalar, susah nak jual semula. Alhamdulillah mujur dia lebih memahami hati penjaga Kijang Emas ni. Hehehe
Begitu le serba sedikit pengalaman kali kedua memajak emas ni. Pajakan kali ini menggunakan Kijang Emas dan rate pun boleh tahan. 2 hari lepas baru beli kijang emas baru. Harga pun ok jugak. Takde le mahal sangat. Beli dari Pokli. InsyaAllah sikit masa lagi nak pi beli lagi kijang emas.
Matlamat ana dalam pelaburan emas ialah memiliki 34 Ketul Kijang Emas 1oz dalam masa 11 tahun dari sekarang.
Ps; Tidak ada jaminan untuk berjaya bagi orang yang berusaha. Sesiapa yang berusaha belum tentu akan berjaya. Tetapi bagi yang tidak berusaha, memang ada jaminan GAGAL untuk mereka.
Jom beli emas. Pelbagaikan stok emas kita. Sambil2 nyimpan, boleh gak menjualnyer.
ayat kat bawah tuh, power…
Ps; Tidak ada jaminan untuk berjaya bagi orang yang berusaha. Sesiapa yang berusaha belum tentu akan berjaya. Tetapi bagi yang tidak berusaha, memang ada jaminan GAGAL untuk mereka.
nak tanye tentang konsep pakak emas nie.
1) upah simpan tu dibayar on the spot ke?
2) ade ape2 bayaran bulanan dan brape lame tempoh utk kite tuntut balik barang kite tu?
thanks.
1) tak..itu ikut suka kita..apa pun Bank telah tetapkan bayaran upah utk 6 bulan. Jika nak bayar bulanan, jumlah upah tu dibahagi dengan 6 la..
2) tempoh gadaian ialah 6 bulan, kalau x dapat tebus, boleh bayar upah simpan sahaja dulu dan sambung lagi tempoh kepada 6 bulan dan seterusnya
saya shanti ada siapa -siapa gagal tuntut emas , Jadi org lain boleh beli
shanti..maaf saya x faham apa yang ingin shati katakan disini
Assalamualaikum wbt
Salam perkenalan. Saya Mohd Alif Nordin dari KL. Nak tumpang promote emas boleh? Kalau tak boleh, terus delete je ye. Terima kasih.
Terus terang saya cakap, saya sangat galakkan anda semua untuk libatkan diri dengan jual-beli emas ni sebanyak dan secepat mungkin! Semasa trend harga emas tengah naik ni, adalah lebih baik sekiranya sebahagian duit yang ada dalam ASB atau KWSP tu anda keluarkan dan jual-beli/melabur dalam emas.
Buat masa ni, serious…fokus lah pada EMAS! In the long run pun, melaburlah dalam emas.
Sekarang saya ada READY STOCK untuk:
1) emas 1 dinar
2) emas jongkong 20g
3) emas jongkong 50g
4) emas jongkong 100g
Harga adalah mengikut harga semasa yang dipaparkan di http://www.publicgold.com.my
Sila hubungi saya di 019-2624 250 untuk urusan jual-beli (utk lock harga dan set time dan tempat untuk urus niaga). Serah-terima emas dan duit mestilah pada hari yang sama anda lock price dengan saya.
NOTA: Anda tidak akan dikenakan ‘Delivery Charge’ yang mungkin menjangkau RM30 per unit seperti yg di charge oleh Public Gold, tetapi tawaran ini hanya terhad kepada pembeli di kawasan KL dan Selangor sahaja.
Terima kasih again tuan rumah! 🙂
takde mslh en aliff..kalau promosi benda baik, apa yang nak salahnya 🙂
saya pun dah terbeli PG 20 gm je…menyesal jgk…igt nk pegi gadai kt bank rakyat tp mcm anta ckp la diorang tak terima…tapi agrobank terima je..masa beli 3070 skrg 2999…geramnye..
Assalamualaikum tuan rumah,
Saya pun nak tumpang promosi. Kepada tuan-tuan pembaca yang budiman, saya ada stok gelang emas 999 (24k) 10 gram. Gelang emas ni dibuat khusus untuk di ‘Ar Rahnu’ kan kerana mudah berurusan dengan Bank Rakyat jika yang dibawa itu barang kemas instead of gold coin atau produk lain. Nak pakai boleh juga, tapi kena hati-hati sebab emas 999 ni sifatnya ‘lembut’. Ok, maklumat lanjut boleh hubungi saya di 0192621052. Mohon sms dulu sebelum call 🙂
Terima kasih 🙂
Assalamualaikum. Saya ni baru dlm setahun ni beli emas fizikal & masukkan ke arrahnu bank rakyat. Dapat duit tu, saya beli lagi emas fizikal lain masuk lagi dlm arrahnu. Begitulah berulang2 kali. Masalahnya, tang mana datang untung yg anda semua cerita2 tu….? Memang saya tak faham langsung sebab tak tau caranya. Saya beli pun sebab suka pakai emas & nak menyimpan untuk 3 anak perempuan saya kelak selain dpt duit untuk beli emas lagi 😀 Minta tolong diajar saya ni….. Terima kasih banyak2!
Wslm…saya kurang arif bab dapat untung dr pajak emas ni. Syarat untung ialah apabila harga emas naik, kos simpan tetap, jadi tebus pada harga yg lebih murah dr harga semasa