KIS 2010 : Kaspersky Internet Security RM24

kaspersky internet security 2010 cheap license

Hari ni selepas bergegas pulang dari kelas memandu, naim terus ke Shah Alam. Ada misi negara yang perlu diselesaikan segera 🙂 . Sebenarnya nak pergi setelkan masalah komputer pakcik yang ada problem dengan antivirus. Antivirus yang dia guna dah expired. Jadi, nak tak nak ken

a la bantu. Macam juruteknik pula sekarang ni. Alhamdulillah, tak sangka dulu memang buta IT. Sekarang dah tak malu nak godek-godek komputer ni. Sebab internet kan ada 🙂

Pertama sekali, naim “uninstall” dulu antivirus yang ada dalam komputer dia. Dia guna antivirus Norton. Mudah je nak “remove” kan antivirus ni. Gunakan kaedah yang sepatutnya iaitu dengan masuk ke bahagian Control Panel komputer tersebut. Selepas itu, pergi cari bahagian “uninstall” program dan carilah antivirus yang nak di buang tu.

Kaspersky ni pelik sikit sebab memang kena remove antivirus lama. Tak boleh guna sekali dengan antivirus lain. Itu pasal kena “uninstall” dulu mana-mana antivirus sedia ada. Kemudian baru install KIS ni.

Kaspersky Antivirus = KAV

Kaspersky Internet Security = KIS

Pada mulanya, naim fikir nak beli terus dari kedai. Ada. Tapi memang kena ke kedai komputer la untuk dapatkannya. Harga pula lebih murah dari harga di internet. Cuma, kalau pandai cari boleh dapat lagi murah di internet ni. 200 hari yang lalu, naim pernah beli dari kedai. Harga untuk 3 lesen Antivirus KIS 2009 tu ialah RM90. Kalau beli 1 lesen untuk langganan Antivirus 1 tahun, harganya ialah RM50. Itu kira murah lagi jika nak dibandingkan dengan harga online di laman web asal mereka.

Kebetulan, ada reseller -reseller yang tak diketahui dari mana diorang dapatkan sumber lesen antivirus ni menjual. Harga yang ditawarkan pun boleh tahan. Tak mahal, tak murah. Harga bagi 1 lesen Kaspersky Internet Security 2010 untuk langganan setahun ialah RM24 sahaja. Boleh tahan jugak le. At least, boleh kurangkan perisian-perisian cetak rompak dalam komputer ni. Perlu diingatkan, bahaya jika komputer tanpa antivirus. Terutama bagi yang selalu menggunakan untuk tujuan online.

Erm..nak siapkan 1 tutorial ringkas untuk pembeli PPCPercuma. Cukup lah dulu catatan hari ini.

PS: Kaspersky = cara sebutannya ialah KASPERSKI dan bukannya KASPERSKAI 🙂

Comments

  1. Kaspersky works better than Avg or Avast antivirus. Some viruses and trojan would not be detected by AVG but they are always detected by Kaspersky.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.