Sehari Di NDO Score A

Hari ni memang kelakar. Kiranya berjaya pecahkan rekod peribadi jugakla. Semenjak kecundang dengan program MLM dari syarikat SURECO ( Sure Return Corp ), tipah tertipu dengan program NENA, tak pernah terlintas di hati nak join kembali dunia MLM ni. Itulah sebab-sebab penting kenapa naim cari alternatif lain seperti dunia pemasaran internet untuk menjana pendapatan sampingan. Apabila disebut perniagaan online ni, tak perlu jumpa customer, perniagaan 24 jam berjalan dan automatik serta kos permulaan yang sangat rendah serendah RM200 sahaja sebagai permulaan. Itupun boleh dijimatkan lagi jika kena gaya. Itu sebab naim belajar tentang internet. Bukan semua orang berani bertemu dengan orang lain. Hohoho…Walaupun asyik berjumpa orang setiap hari, kesukaran menerima “tolakan” pelawaan tu sangat menebal dalam hati ni. Ini lah rempah ratus kejayaan seperti yang en Aziz Samad cakap tadi ( gambar disebelah ).

Apapun, Alhamdulillah sebab naim tak sempitkan minda. Syukur tuhan berikan nikmat kelapangan minda untuk tetap menghadiri program NDO tadi. Setakat ni, pendapatan sampingan plus gaji tak la banyak sangat. Sekadar cukup untuk menyenangkan hati sendiri dan keluarga. Lagipun banyak masa terluang disebelah malam. Tentang pendapatan ribu-ribuan ni , maaf naim kata, ia bukan satu desakan. 🙂 Duit boleh dicari…Kalau hari ini Score A, esok pasti datang dengan rezeki-rezeki lain yang kita tak sangka. Rezeki ini hak Allah.

Tetapi hari ni, dengan ajakan dari seorang kawan ( Amilin ), menyerah kalah jugak le 🙂 . Sehari suntuk di program NDO ( New DIstributer Orientation kot ) program MLM Score A. Memang bersemangat giler la. Cuma masih ada sekelumit keraguan yang belum lagi terjawab dan perlu difikirkan beberapa kali.

Secara ringkasnya , naim catat je le isi-isi utama tentang Score A ni di sini :

  • MLM yang berpaksikan produk PENDIDIKAN ( output learning ). Produk memang best sebab bagus untuk bantu anak-anak ( termasuk anak buah mahupun sepupu yang kecil ) untuk menambah minat belajar.
  • Pakej rakanniaga untuk permulaan RM1788. Banyak jugak tu 🙂 terutama orang-orang yang tak berduit dan nak guna untuk macam-macam tujuan lain
  • Cuma perlu mencari 4 orang downline untuk permulaan. Kemudian kena duplikasi teknik tersebut.

Kekelumitan tu pula yang masih menggusarkan kepala otak ni iaitu :

  • Nampak terlalu mudah untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka dalam masa 1 bulan
  • Testimoni orang berjaya ( top MLM ) yang mencecah ratusan ribu sebulan. Itu yang menghairankan sebab bukan senang nak transfer duit banyak-banyak ke dalam akaun bank tanpa ada investigation dari pihak intitusi kewangan.
  • Program berorientasikan penajaan semata-mata.
  • Tiada bukti nyata wang ratusan ribu yang ditunjukkan.
  • Modal yang bukan kecil untuk sebuah program MLM dan jangkamasa yang terlalu singkat menjadi timeframe.

Nak bertanya tadi, tapi segan jugak le. Lagipun siapa kita nak bertanya pada top-top earner 6 angka sebulan ni. Tambahan pula masa pun dah agak lewat tadi. Hampir maghrib program tersebut berlansung.

Apapun, naim memang minat habis dengan produk yang ditawarkan. Mungkin ia satu lagi cara baru untuk mengajar & membantu anak dan ibu bapa menitikberatkan pendidikan awal dengan lebih serius.

erm….RM1788 ( pakej permulaan ), nak join ke tak?

PS: bertambah satu lagi portfolio income tahun ni 🙂

Comments

  1. Join!! Hebattt!!!!

  2. Naim, ayah ana kata kalo betul enta nk tgk penyata income diorg, bole trus call en aziz samat..(016-2109007)..atau pn. rohaiza (013-3921921)..Mgkn enta bole call die nti utk dtg masa wat NDO hari lain then, die tunjuk kt enta guna die pnya i-phone internet! hehe

  3. Mmg complicated . I mean not everyone would agree utk bayar mahal2 semata mata utk jwb soalan and furthermore bukan semua rumah ad access to the internet. Kalau beli set2 soalan past years brape sgt la utk semua subjek. X sampai pun seratus. I’m talking about what ive heard frm people yg already into ths business. Its hell expensive and only valid for 6 month. Yup statement u pasal acc tu mmg x dinafikan. Agak meragukan juga. Oh well.

  4. Awk Hebatt En.naim..teruskn usaha anda..sy setuju ngan awk..tp kalo rm1788 kte x bleh janakan duit?..awk jgn risau..bg je anak guna portal kita..dari situ bkn kita yg rekemen org..tp anak kita yg tlg rekemen kn..hebat x?..tanpa sengaja dh dpt org..

  5. itu le..sy ni xde anak lagi…

  6. Fendi Hulu Langat says

    Xpe En.Naim….kalo niat kite bek tuk sesuatu spo menjana kebaikan tuk masyarakat dan diri kite Insyallah Alla akn membantu kite….Igt x kate Sifu 2?
    WE DO THE BEST, ALLAH DO THE REST!!
    Sy pn brminat nk join program ni…tujuan sy nk bg duit kpd parent sy je stp bln tp mereka pn xbrminat :-(…..pe2 pn kate org lum cb lum tau….yg png niat bersih n bek je…Insyallah pe2 program yg kte msk pn akan brjln lncr…..:-)

  7. ramai je usahawan2 muda dlm pgrm score ni xde anak n adik lagi..tapi dgn smngt juang yg tinggi mreka dpt mmbuka mata dgn luasnye dn nampak kelebihan score a yg sgt HEBAT ni..so marilah kita join beramai2 pgrm yg boleh mmbwa kepada kjyaan dunia dan akhirat…aminnnnnnnnnnnnn

  8. MLM nihh sampah hanya memberi keuntunggan kepada org atas…termasuk mlm score A http://sampankertasa4.blogspot.com clik link nihh uk baca lebih lanjut

  9. bagi aku mlm ni hanye orang nak kaye cepat je.cakap kerek memang manis tapi hampeh.aku xske mlm.baik keje gali ambik upah kubur dari keje kelentong orang untuk bagi orang atas kaye.

  10. aq trpkir2….klula MLM nie gerenti bole wat ramai org jadik jutawan(seperti diwar-warkan)…baik sume berenti keje gomen n swasta camtu….xyah ler keje siang malam….dok umah men online jer….maka,xdela kes lari pinjam duit ALONG ag!!!! huahuahua…..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.