Ombak Tsunami Kewangan Kedua Pada Bulan Mac Ini

Nampak macam hype pula tajuk yang naim tulis ni 🙂 . Tadi naim ada baca satu artikel omputih di internet. Jadi , untuk mengelakkan dari lupa, naim fikir lebih baik apa yang naim dapat dan faham ditulis semula.

Tahun 2008-09 yang lalu menjadi palitan hitam sejarah dunia. Kalaupun tak hitam, boleh dikira malang untuk 480,000 penganggur di US sana kerana dibuang kerja dalam masa yang tak dijangka. Kiranya ekonomi pada tahap sekarang sedang mengalami proses baik pulih agaknya. Itulah apa yang dicanangkan setiap hari di media arus perdana…Ahh..lantaklah..

Ingat, walau dalam keadaan apa sekalipun, kita harus bersedia. Allah sendiri telah mengingatkan manusia melalui kisah nabi Yusof dalam menyusun atur sistem ekonomi pada zaman baginda. Begitu juga dengan kita.

Nak tulis panjang-panjang, naim pun tak dak mood. Bukannya nota kuliah yang nak dihasilkan. Tapi sekadar nota ringkas untuk ulangkaji pada masa depan.

Artikel “Red Alert : The Second Wave of The Financial Tsunami“, melalui penulisan oleh “Mathhias Chang” menerangkan kenapa gelombang tsunami kedua ekonomi akan melanda pada sukuan pertama dan kdua 2010. Jadi sekarang ekonomi dalam momentum mengumpul segala masalah untuk meletup kembali pada 2 3 bulan akan datanga 🙂 . Betul ke?

Baiklah..Itu la yang naim nak tuliskan disini. Mudah-mudahan memberi manfaat pada diri naim yang menulis dan manfaat kepada yang membaca.

Perosak Sistem Kewangan Dunia

Seperti yang kita tahu, US adalah kelompok pengguna terbesar dunia selain china. Melalui 1 perjanjian yang dimeterai ( penulis tidak menyatakan apa perjanjian tersebut ), para pemimpin dunia bersetuju untuk :

  1. Sistem kewangan dunia menggunakan dollar sebagai matawang dunia dan diuruskan oleh US Federal Reserve dan konco-konco bank nya diseluruh dunia
  2. Kuasa mengeluarkan barangan pengguna diberikan hak kepada China dan India.

Jadi, apakah Implikasinya ? Perjanjian tersebut menterjemahkan penguasaan sebenar US terhadap ekonomi dunia dan bagaimana mereka memeras keringat golongan majoriti dunia demi kepentingan mereka. Seiring dengan kemajuan teknologi, sistem kewangan menjadi bertambah rumit dan kuasa mencipta wang kini hanya bergantung kepada digit-digit maya. Malahan kuasa menentukan digit-digit wang tersebut secara mutlaknya berpihak kepada US ( tangan ghaib ). Masakan kereta boleh dipandu tanpa pemandu. Itulah yang sesuai untuk naim gambarkan “keanehan” FREE MARKET seperti yang dicanang-canangkan oleh golongan Classical Economist .

Dari situ, penggunaan matawang yang saban tahun tiada nilai mula dipersoalkan. Kemelesatan tahun 2008-09 cuba diselesaikan dengan pakej ransangan yang ntah apa ntah asalnya. Kononnya dengan teknik “Quantitative Easing” ( cetak wang ), masalah ekonomi dapat diselesaikan. Namun..Ini lah masalah yang paling besar yang bakal muncul. Rasanya semua pun tahu,apabila penawaran wang yang berlebihan dalam pasaran akan memberikan kesan buruk kepada nilai wang tersebut.

Naim belum hidup waktu zaman duit pisang. Tapi naim tahu apa yang terjadi kepada Zimbabwe apabila matawang mereka tidak lagi bernilai. Begitulah yang akan belaku kepada ekonomi seluruh dunia dalam masa terdekat. Ketika dunia mula tidak mahu menerima dollar sebagai matawang, mahupun segala matawang didunia ini hasil sistem cetakan wang atas angin yang betul-betul kejam memeras keringat manusia lain .

Sebagai kesimpulan, adakah kita semua sudah bersedia untuk waktu-waktu tersebut?

Ps; Tonton video nasihat Robert Kiyosaki di sini “Kenapa Silver

Speak Your Mind

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.