Emas : OverValued & Bubble Asset?

Naim tulis artikel ni waktu naim kat Segambut. Menunggu motor diservis. Huhuhu…Motor pun kena servis. Ingatkan orang je 🙂

Sejak kebelakangan ini, harga emas bukan main tinggi. Cuma dalam 2 3 minggu ini, trend emas agak tidak menentu. Dalam keadaan sekarang, masing-masing ambil posisi masing-masing. Yang ada duit lebih, ini masa sesuai untuk beli emas. Sebaliknya bagi yang tak cukup pitih tu ( macam naim le ) , setia menunggu berharap harga jatuh lagi 🙂 Walau apa pun tindakan kita, naim nasihatkan supaya mencari ilmu terlebih dahulu. Ilmu yang Allah kurniakan ini sangat luas. Bukan setakat di dalam dewan kuliah,bahkan lebih banyak ilmu yang kita tak sedari. Semakin banyak kita tahu, semakin banyak kita tak tahu. Pening?

Berbalik kepada isu emas. Hari ini, ramai penganalisa yang berpandangan emas dan beberapa asset lain ( terutama barangan komoditi dan hartanah ) dalam keadaan GELEMBUNG BESAR..Orang kampung kata BUBBLE ( Buih ) . Itu orang kampung naim le…hoho

Secara lazimnya, buih ni mudah pecah. Semakin besar buih tu,semakin tinggi kebarangkalian untuk meletup. Itu le resmi buih.

Emas & Buih

Apa kaitan emas dengan buih ? Setakat ni tak pernah dengar syarikat emas keluarkan produk EMAS BUIH..hehe..Ini semua ada kaitannya dengan ekonomi. Dalam keadaan ekonomi sekarang, para penganalisa pasaran risau dengan kadar interest US yang rendah sekitar 0%-0.25%. Dengan kadar interest ( BUNGA ) yang rendah tu, kuasa membeli masyarakat terhadap asset lebih tinggi.

Teori ekonomi, apabila permintaan terhadap sesuatu barang tinggi, harga untuk barang tersebut jugak akan melonjak. Harga yang melambung inilah yang akan menyebabkan sesuatu ASSET tu menjadi BUIH. Emas, harganya meningkat melebihi jangkaan yang sepatutnya. Akhirnya, apabila US mengumumkan untuk meningkatkan kadar bunga, pilihan intrsument pelaburan kepada masyarakat akan menyebabkan masyarakat memilih untuk meninggalkan emas dan kembali kepada produk kewangan yang lain. Di waktu tersebut lah, BUIH tadi meletup dan harga emas jatuh MENJUNAM.

itu TEORI…ditambah pandangan naim le 🙂

Emas : OverPriced & OverValued?

Sehinggalah naim terbaca satu lagi artikel pada waktu pagi tadi…Artikel yang ditulis oleh Dr Jeffrey Lewis dari Silver-Coin-Investor.com ( ntah betul dr ke tidak ,naim pun tak tahu )..Apapun kupasan beliau memang menarik.

Seperti yang ditulis, beliau berpandangan emas bukannya “TERLEBIH NILAI”. Apa yang beliau katakan berdasarkan fakta nisbah komoditi sekarang. Nisbah emas kepada silver pada tahun “” ialah 1oz emas bersamaan 15 oz silver. Namun, nisbah tersebut berbeza sekarang. Nisbah semasa 1 oz emas ialah 70 oz silver. Maknanya untuk membeli 1 oz emas, sebanyak 70 oz silver diperlukan.

  • 1980 an : 1oz emas = 15 oz silver
  • 2010 : 1oz emas = 70 oz silver

Nampak? Boleh faham? Hal-hal macam ni kena amek masa sikit.

Opss…sehingga apa yang saya terangkan ni, belum lagi mencapai maksud sebenar tajuk.

Nisbah Emas Kepada Minyak

Dalam hujah beliau seterusnya, beliau mengemukakan nisbah emas dan minyak yang menjadi garis rujukan kepada harga sebenar komoditi lain.

Ikutkan keadaan semasa ekonomi tahun 2009, hubungan songsang ( opps..bukan hubungan ehem2 ) telah wujud antara emas dan minyak. Sepatutnya emas dan minyak mempunyai trend yang sama. Harga minyak naik, harga emas pun naik. Nanti naim ulaskan tentang hubungan antara Emas dan Minyak ni…Kalau tulis di sini, panjang lagi artikel ni.

Tapi, bermula tahun 2009, kenaikan harga emas diikuti dengan kejatuhan harga minyak. Bermula dengan harga emas sebanyak USD$870, harga minyak menjunam kepada $40 per barrel. Pada beliau, nisbah emas kepada minyak yang sepatutnya ialah 1 oz emas bersamaan 8-30 barrel. Dan dengan nisbah semasa emas kepada minyak ialah 1 oz emas = 15 barrel, bagi beliau ia sesuatu yang sangat-sangat baik ( extremly healthy ). Dengan nisbah ini, bagi beliau emas dan minyak tidak sepatutnya dikatakan BUBBLE kerana kedua-dua aset ini berada dalam nisbah yang sepatutnya.

  • Nisbah Yang diCadangkan : 1oz emas = 8-30 barrels.
  • Nisbah Semasa L 1oz emas = 15 barrels

Silver : Undervalued ?

Fuuuhhh..panjang jugak artikel ni..hoho.. Setakat ni, jelas emas mahupun minyak bukan lah “TERLEBIH HARGA” sebaliknya..jeng…jeng..jeng…Boleh teka?

Yup!!!

Keadaan sebenar yang perlu diterima oleh semua pelabur ialah SILVER yang “UNDERVALUED” berbanding lain-lain komoditi. Oleh kerana nisbah silver kepada emas yang begitu jauh jaraknya, ramai yang berpendapat emas dah TERLEBIH NILAI dan bakal jatuh menjunam pada bila-bila masa.

Hakikatnya, silver lah yang telah dipandang rendah dan nilainya “UNDERVALUED” mempunyai potensi besar untuk melonjak nilai dalam beberapa tahun yang akan datang . 🙂

Kesimpulan…Sama -sama lah kita berfikir dan menilai kebenaran pandangan ini.

Ps: dah habis tulis artikel, servis motor ni tak sudah-sudah lagi…hahaha

Comments

  1. Salam.
    Artikel bagus utk difikirkan realitinya.
    Manusia selalu memikir dan mencari sebab dan akibat di sebalik sesuatu kejadian.Sehebat mana buah fikiran manusia itu tidak mampu menandingi ILMU Yang Maha Kuasa.Peganglah pada Al-Quran dan Hadis.
    Insyaallah perjalanan kita akan selamat.

  2. artikel yg baik.. dan ulasan yg begitu mantop.. good job naem.. nak beli silver la pas nie.. 😀

  3. Yup betul en samurai…Semua masalah dan kerosakan dicipta oleh manusia sendiri. Jika x kembali ke pangkal jalan, itu lah yang menambah2 bala bencana.
    Abg Pokly, beli jgn x beli.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.