Apa akan jadi jika nilai USD direndahkan ( Depreciate in Value) ?
Secara rambang, naim yakin semua tahu nilai Dollar yang rendah akan ada efek kepada komoditi dunia terutama EMAS. Betul tak? Ramai yang akan kaitkan dengan harga emas. Ini disebabkan harga EMAS disandarkan kepada matawang USD. Apabila USD mengukuh ( naik nilai ), hanya beberapa USD diperlukan untuk membeli 1 oz emas. Sebaliknya, jika USD lemah ( turun nilai ), lebihan USD perlu ditambah untuk mendapatkan 1 oz emas.
Keterangan ini saya ringkaskan seperti dibawah :
- USD mengukuh, EMAS lebih murah secara relatif.
- USD lemah, EMAS lebih mahal secara relatif.
Untuk pemahaman lanjut, sumber dari laman web Kitco Gold Index ini dapat membantu.
Kembali kepada tajuk di atas, naim telah terbaca satu artikel dari laman web CommodityTradeAlert berkaitan polisi-polisi terkini yang akan diambil oleh US untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
Dalam situasi menstabilkan ekonomi melalui sistem ekonomi konvensional, negara Kuasa Besar Dunia ini melalui Setiausaha Perbendaharaan Negara ( US Treasury Secretary ) Timothy Geithner dan US President , Barrack Obama ; berpandangan US perlu meNINGKATkan EKSPORT untuk meNINGKATkan TAHAP PEKERJAAN.
Kadar pengangguran terkini di US ialah 9.7% ( Jatuh dari 10% pada bulan Januari ) iaitu pengurangan kepada 14.8 million penganggur terhormat disana yang tidak dapat berkerja. Dengan jumlah pengangguran begini, tak hairanlah US sangat kritikal berhadapan dengan jumlah tenaga buruh yang tidak produktif.
(temubual bersama obama)
Kemudian , Baca pula petikan di bawah ni. Naim “copy & Paste” terus dari sumber asal.
In February 2nd, 2010 testimony from Timothy Geithner, Secretary of the Treasury: “We need to increase employment, decrease our deficits and to help do this we need to increase exports”. Also “We need to be competitive with countries around the world.” All this is Code for “We Need a Weaker Dollar”. They have to say it in “code”…the only way out of this mess is a weaker dollar…the yuan is way undervalued…the rest of the world has had it…..if we want to increase exports, jobs, manufacturing etc…then weaker dollar it is…much weaker…
ps: naim cuba cari dari US Treasury press, tapi tak jumpa pun petikan ni 🙂
Apa yang naim faham, Geithner menyarankan supaya merendahkan nilai USD agar dapat menggalakkan pertumbuhan eksport. Dengan peningkatan eksport, lebih banyak peluang pekerjaan yang akan dapat dicipta sekaligus mengurangkan kada pengangguran di US. Secara teorinya, nilai matawang yang rendah akan memberi efek kepada harga barangan Eksport .
- Servis & produk yang dikeluarkan dalam negara untuk dijual ke negara luar =EKSPORT
- Servis & produk yang dikeluarkan negara luar dan dibeli oleh negara = IMPORT
Justeru, dengan nilai USD yang rendah, persaingan harga lebih kompetitif terutama persaingan dari pengeksport besar dunia, China. Matawang China, Yuan , kini ditekan oleh seluruh dunia (kononnya ..hehehe..ini kerja US ) supaya dinaikkan nilai ( Appreciation in value ) kerana harga barangan eksport China begitu murah berbanding negara-negara lain. Dan sekarang, China telah memilih cara menaikkan kos buruh ( naikkan gaji rakyat China ) untuk meningkatkan kos export demi menghadapi tekanan negara luar terhadap Yuan.
Kesimpulan
Sebagai penutup, artikel tersebut membuat 1 analogi mudah. Sekiranya anda adalah China, negara yang terpaksa membenarkan nilai matawangnya Yuan appresiasi ( naik nilai ) berbanding USD, dan dalam masa yang sama memegang lebih $2.3 trillion Foreign Currency Reserve ( Rizab Tukarang Asing ), 60% darinya pula adalah pegangan dalam nilai USD…Apa yang akan anda buat? Adakah anda masih mahu memegang rizab 60% dalam USD sedangkan perancangan US untuk menurunkan nilainya? Atau….Anda mencari alternatif lain seperti pegangan dalam minyak atau emas, atau komoditi lain seperti SILVER ..Lu Fikirla sendiri ..hehehe
Speak Your Mind